Salam peeps ;)
Kadang-kadang, bila kita terlalu selesa dengan kehidupan kita, kita lupa untuk menjengah ke tingkap mereka yang lebih susah.
Kadang-kadang, bila kita terlampau senang dengan apa yang kita peroleh, kita lupa untuk berkata syukur, sebaliknya merungut dan merungut.
Bila aku tengok orang yang tua, yang uzur, terbaring seorang diri di wad, tanpa ada sedara datang melawat, apatah lagi menjaga, aku jadi rasa syukur, sekurang-kurangnya aku masih ada saudara mara. Si tua yang terbaring kadang-kadang sengaja rahsiakan sakit mereka agar tidak susahkan anak-anak. Kata mereka, anak-anak mereka jua bukan orang senang, biarlah mereka sakit seorang, agar anak senang semua. Aku berdoa agar aku tidak lupa untuk menabur jasa pada yang tua.
Bila aku tengok ada yang muda, tapi sudah sakit seperti yang tua, aku jadi syukur, sekurang-kurangnya aku masih lagi sihat. Umur mereka masih muda, tapi immune cell sudah mula menggigit cell sendiri. Tiada sebab yang manusia boleh fikir. Itu semua percaturan Allah yang maha kuasa. Bila ditanya, aku juga hanya mampu kata semua ini takdir. Tiada sebab atau risk factors. Semua dari Allah, hanya Allah yang tahu kenapa dan mengapa. Aku berdoa agar aku bukan calon ujian hebat begitu.
Bila aku dengar aduan (mereka tidak merungut), bahawa susah untuk mereka datang follow up sebab kena keluar ke jalan besar menahan teksi walau mereka sakit teruk, sesak nafas hingga biru lebam, apa lagi terpaksa meniggalkan punca rezeki untuk mencari rawatan, aku jadi bersyukur sekurang-kurang nya aku ada kemudahan. Tapi mereka tidak merungut, malahan berpesan supaya jangan menyusahkan pihak doktor, mereka mampu untuk gagahkan diri ke hospital. Walhal aku tahu mereka payah, sukar. Aku minta agar aku mampu pinjam kekuatan mereka.
Dan aku bersyukur sekurang-kurang nya Allah bagi aku peluang untuk lihat susah orang, supaya aku lebih belajar untuk rasa bersyukur dengan 'susah' yang aku rasa susah.
Aku mula cinta dengan kerja Doktor ;)