Thursday, September 8, 2011

Raya Festive Is Really A Festive.

Salam ;)


One thing that I won't never forget to thank Allah is to have a wonderful family. A big haappyyy family. They are like a home to me, which a place that I could forever return when I have no other place to go. And the most joyful moment to be shared together is Hari Raya. 


Hari Raya adalah hari yang mesti saya tunggu-tunggu sebab semuuua orang akan balik dan berkumpul di bawah satu bumbung. 


#1 kalau orang lain raya dengan keluarga di rumah masing-masing, then pagi raya baru segerombolan berangkat ke rumah atuk nenek untuk pay a visit, saya pula akan gembira 2 3 hari sebelum hari raya lagi, menunggu kepulangan semua, untuk berbuka puasa sama-sama beratur panjang-panjang dari dapur ke depan, dan beraya bersama-sama. 


#2 Kalau orang lain hanya guna caterer, kami pula akan bergotong-royong memanjat pokok kelapa, koyok buah kelapa, mesin kelapa. Ibu-ibu pula ke pasar bersama-sama, pakat-pakat beli itu dan ini untuk juadah. Anak-anak? Hanya sebok berbalah nak makan apa untuk raya. Nasib baik Mak Besar (Mak sedara sulung) itu caterer. Maka cakap je, dia memang generously dan penuh confident jadikannya kenyataan. Saya, hanya koyok bawang dan potong-potong atau mayang-mayang, sebab nenek saya takkan bagi orang yang green ni buat benda yang core. Kena taraf-taraf caterer atau yang dah 30, 40 tahun berkecimpung dalam masak-memasak ni je boleh sentuh. Setakat makcik yang umur awal 40-an, pun kira green lagi, boleh kacau-kacau je. 
*Eh tapi kalau nak buat dengan penuh kesenian, like hiris halus-halus, nenek saya bagi saya buat. Wah, saya berseni rupanya :')* 


#3 Remaja-remaja lelaki dan anak-anak kecil, biasanya sebok di halaman, pasang mercun itu dan ini, dah macam hari merdeka. Lupa mandi, lupa segala, hingga ketua warden kena turun bercekak pinggang, berulah berterabur lari jumpa pintu rumah semuanya ;p Mereka juga pelanggan tetap 7 Eleven depan rumah, 2 3 pagi maseh ke sana sehingga apabila saya pergi, orang kedai tanya "adik ke ni? Selalu datang" wuwuw 


#4 Hari raya mesti ada photoshoot,  lelaki jadi photographer je. Kami yang perempuan berbagai aksi. Boleh pulak pulang ke kampung sepupu tanpa segan silu. Nasib baik diorang begitu baik hati, memang mengalu-alukan :') 


#5 Aktiviti di sepanjang sambutan raya mestilah penuh dengan thrill like main explorace. Habis serbuk kopi, halia, sirap, garam nenek saya jadi mangsa. tu belum cerita periuk dia hitam, rumah dia berpasir berlari atas rumah mencari clues lagi. Haha. Kalau nak lagi ganas, main paintball, letak air kaler-kaler dalam plastik. Lepas tu kena marah sebab plastik air merata-rata ;p Tidak lupa permainan tradisional seperti main coh, atau bola kaki tiga. Biasanya aktiviti sebegini, kami begitu sexist, mesti lelaki vs perempuan. Yang tua (30 tahun ke atas) jadi tukang sorak a.k.a pemain simpanan. Agak-agak dah nak kalah, diorang pulak semangat mintak pass bola, baling ke pasukan lawan. Oh ya, sambil berkain sarung. Haha. Malam kemuncak, adalah aktiviti perkhemahan. Dalam khemah tu, mesti ada toto, comforter, kipas, bantal, teddy bear. Haha -_-" tak? Lelaki lebih senang terdampar di luar khemah, sambil lawan Half-Life sampai pagi. Kira sentri la ;p 


#6 Paling tak best, part basuh pinggan. Setiap hari, biasanya ada orang akan sponsor for makanan. So semua orang akan makan satu rumah la. Pastu pinggan.......malas cerita lah! ;p 


Part best ke, tak best ke, bagi saya, semua meaningful. And I really hope semua ni lasting for forever. Sampai masing-masing ada anak, cucu, jangan lupa masing-masing. Apa yang salah silap siket-siket, harap ambil yang jernih je. 


And... 
Ishoul d proudly said.. 


  
.I LOVE YOU.                                 

Wednesday, September 7, 2011

Monolog dalaman Dinda.



Panas demam kanda mungkin membahang. 
Sampai Kanda boleh pergi sebegini jauh. 
Tapi kiranya kanda seperti serius, 
Kalau tidak, masakan sampai pada telinga ibu Kanda. 
Kanda kata Kanda sakit mungkin sebab nazar Kanda yang tertunggak. 
Maka Kanda segerakan.

Ibu Kanda mudah sekali berkata ya. 
Dinda pula naik shock. 
Siap bertanya tarikh mahu berhadap. 
Siap bertanya mahu sekadar sunting atau ikat terus ke rusuk Kanda. 
*nasib baik ibu Kanda cadang bukan masa terdekat ni*


Besar taruhan ibu Kanda pada Dinda. 
Sedang Dinda kalau diibaratkan, 
Masak nasi, beras antah. 
Masak air, payau telaga. 
Pakai baju, camping merata. 
Jahit koyak, rabiknya masih ada. 


Dinda masih belum Puspa Sari, Kanda 
Boleh mencari kacang dalam beras, 
boleh memilih biji lada dalam serbuk cili. 


Tapi kiranya itu dipersetujui, Dinda terima.  .^^. 
Kerana sampai ufuk terbit di barat juga Dinda belum rasa Dinda sedia. 
Kerana taruhannya bukan sedikit. 
Pasak agama mahu teguh. 
Asahan ilmu dunia mahu tajam. 
Emosi kena kuat. 
Jasmani kena hebat. 
Tapi Dinda boleh belajar perlahan-lahan kan dalam masa pelayaran kita? 
Kanda boleh terima kalau Dinda serba kurang kan? 


Tapi Kanda kena beritahu sendiri keluarga Dinda. 
Kerana Dinda masih kecil, 
Dinda belum pandai bercakap hal begini. :') 


p/s: Siapa baca sila abaikan ;p

Monday, September 5, 2011

Gelojak Perasaan.


Salam ;) 


Sejak kecik sebenarnya saya ni tiada cita-cita. Lansung. Mungkin sebab saya jenis yang fikiran tak complex sangat, dan fleksibel. Jadi dulu, then kita fikir how to survive. Daripada lecturer, lawyer, engineer, architect, and doctor, macam-macam sudah saya bohong orang lain. Sape suruh tanye kan, dahla tanya, dan dan tu jugak nak jawapan, kalau jawab takde cita-cita, marah pulaaakk. At least tunggu la saya buat pilih atur dan susun cara dulu. Tiba-tiba kan, (mungkin sudah dewasa), saya tak tahu la datang dari mana perasaan begini, tapi saya agak pasti dengan kehandak hati ini, saya nak jadi... 

Isteri yang berbakti pada suami.

dan 

Ibu yang everything pada anak-anak.

Senang cerita macam nenek saya. Tak pernah nak suruh sapa-sapa masuk dapur tolong dia masak, dan dia akan masak semua, you name it nak apa, serunding daging, kuih apam, nasi minyak, roti canai, ayam bakar, you cakap nak je, time tu jugak dia masak. Tak payah nak susahnya nak cari serunding sedap, susahnya nak tu nak ni, semua dia boleh buat, dan sedap! Jamin! 

Sebab tu lah di saat orang lain worry nanti gaji doctor siket sebab dah kurang on call, seriously saya tak kesah, sebab cita-cita saya is to have a quality time dengan keluarga, dan priority saya adalah my family. Gaji siket, tapi berkat, pun makan tak habis jugak kan? Dan niat kita adalah untuk serve people. Duit bukan the main agenda. Kalau kita ikhlas, insyaAllah Allah tolong. Pasti.

To be specific, my wish is to jaga sendiri makan pakai keluarga. Tak payah bibik, tak payah nanny, tak payah makan luar. Kalau tak banyak pun, at least siket akan ada keberkatan and love tie between family members. Baru lah anak-anak dengar kata, takde nak cari hiburan luar. Sebab semua air tangan ibu :') 

Teringin nak bangun pagi, siapkan breakfast untuk semua dengan meja terhias indah dengan ros segar petik dari pokok tanam sendiri belakang rumah,
Teringin nak tunggu semua balik dari kerja and sekolah dekat taman, dah siap dengan dessert,
Teringin nak hias rumah cantik-cantik penuh dengan bunga and English theme ah seronoknyaaaa!

And having a cert. is not a mandatory to have a job. tengok balik niat kita, belajar sebab nak cari ilmu Allah, bukan sebab nak kerja. Dapat kerja is a bonus, tanda kita betul-betul menguasai ilmu Allah. Kalau jadi supporter sepenuh masa pada suami, then suami jadi surgeon berjaya, then suami bagi gaji bulanan pun bonus jugak kan hiks .^^. 

Tapi untuk amal apa ilmu yang kita ada, pun is an obligation kepada agama. Jadi orang yang berjaya dalam career, untuk pembangunan Islam, juga obligation. Habis.. bunga ros? English style home deco? huk. Justeru, pada saat ini, saya begitu bernaluri ingin terima tawaran Dr. Biras-to-be untuk bukak klinik, saya yang perempuan, kerja office hour sahaja. Maka boleh ada nursery di tepi bilik saya untuk anak-anak saya. Even orang jaga pun, still depan mata kan? Boleh lunch sama-sama dengan family even mungkin tak sempat masak pun. Takde oncall, yes! Tapi the worst part is, I have to sacrifice managing our clinic while Dr. Biras-to-be, and Dr. Suami-to-be finished up their masters. And how about me? Huk.

Nak ada master jugeeekkk :( 
Cemane ni kalau ragu-ragu tak tahu nak buat keputusan niiiii T_T


Saturday, September 3, 2011

Diari Ramadhan III

Salam ;) 


Batasan ibadah itu hanya kita yang cipta. Kita sendiri yang melihat ibadah itu mesti di tikar sejadah, mesti menadah rehal. Siapa-siapa yang tidak begitu, kita musuhi, kita tengok dengan ekor mata, jijiknya orang tu untuk kita jadikan sahabat. Maka tidak mustahil untuk orang kita lagi senang ke kelas tusyen mubaligh agama lain, sebab mereka tiada diskriminasi, usahkan nak pandang orang yang serba jahil dengan ekor mata, orang yang agama lain pun mereka bantu.


Tapi jangan lupa, kalau kita belum setel dengan manusia di bumi, hanya setel dengan Allah, Allah pun belum tentu nak pandang kita penuh mata. 


Maka mari di bulan yang mulia, kita mengeratkan silaturrahim, kerana ia juga ibadah. Jangan hanya asyek menjadi 'Abid yang tunduk bangun tunduk bangun, tapi tidak 'Aqil, untuk buka mata hati, lihat ibadah itu luas.


Ini paling bersyukur kalau perut tengah lapar. 
p/s : tu tak pasti lah muka lapar ke tengah nak bergossip ke kan.

Us ;)

The Fiqah-ians. 
The Cantik on the right, The Mama Yokies On the left

Happy Birthday Dhiya Shafiqah!

Dah lama ingin punya gambar sambil ketawa seperti Ashwarya Rai
Seperti tak? :')

6 Mawarians. 
Salam Ramadhan you alls. 
Biar kita kawan sampai bila-bila boleh kan? 
;)






   

Thursday, August 18, 2011

Kami The Movie.


18th August 2005.


Anna Lodge.

“Saudari, kumpulan 9?”
Saat aku terpinga-pinga di celah-celah ratusan pelajar yang juga baru mendaftar ke kem akademik ini, aku ditegur oleh seorang yang berbaju berwarna jingga. Aku bagai sedikit terkejut, kerana aku juga baru sahaja melontarkan soalan yang persis pertanyaannya kepadaku. Serentak. Kami sama-sama tersenyum menyedari kami berdua melontarkan soalan yang sama. Dia membalas dengan anggukan. 
Aku jua.

Aku pada mulanya diam, ekoran aku tidak begitu ingin ke mari. Aku masih buntu memikirkan mengapa kaki ku tetap gagah ke sini, walau hati keras melonjak tidak mahu. Siapa yang mahu datang saat cuti sekolah pertengahan penggal kedua sudah bermula. Apa lagi esok merupakan hari pertunangan salah seorang ahli keluargaku. Tapi aku masih bingung kenapa hatiku masih jua didorong ke mari.
“Hai, saya Hidayah. Panggil je Ida”
“Saya Syafiqah. Selamat berkenalan.” Senyum.
Saat Ida memulakan bicara, aku senang dengannya. Lemah-lembut, dan begitu manis orangnya. Aku kira, kami boleh bersahabat di sepanjang kem ini. Maka kami mula bertukar-tukar nombor telefon. Dan seorang yang berada di hujung kumpulan, pendiam, memulakan kata-kata kepada ahli kumpulan. Kata-kata yang ku kira tenang, dan berhati-hati.
“Assalamualaikum, saya Aizuddin Ismail, dari Falahiah”
Dan dia pemuda berbaju jingga, orang pertama yang menegurku tadi.
;)

Malam berlabuh, perjalanan yang sudah separuh, daripada tempat penginapan berhenti seketika. Solat Maghrib. Usai solat di masjid, kami meneruskan perjalanan ke pantai, untuk melihat bintang.

Sungguh indah deruan ombak di pantai, dan angin yang menyapa wajah. Di sini, aku kenal kejora. Kejora, bintang yang tetap di situ, tidah berubah, tidak berganjak sedikit pun walau alam dimamah usia, walau masa beredar. Walau awan mendung kunjung tiba, walau beribu bintang di langit yang hadir, kejora tetap bergemerlapan, mengalahkan bintang lain yang mencabar. Kejora tidak ku hampiri, kerana kejora jauh di puncak langit, punya harga tersendiri. Kejora tidak jua mendekati, kerana aku mutiara di dasar air, sukar dimiliki, bukan buih pada ombak yang mudah didekati.
;)


19th August 2005.

Multi Discipline Lab, Medical School, USM.


Hari kedua bermula, dan saintis muda memulakan kerja. Eksperimen urine microscopy. Urine sendiri, test sendiri, dan present tentang urine sendiri. Yucks! Aku, seperti biasa, sering diarahkan untuk menulis hasil keputusan di kertas mahjong. Mungkin kerana tulisanku sedikit tersusun. Pemuda berbaju jingga itu pula melukis microscopic findings. Oh, dia pandai melukis ;)

Usai solat Maghrib di bilik, kami bergegas ke Hotel Ansar, untuk makan malam. Aku memang mengambil banyak masa kalau bersiap. Maka, aku menaiki bas terakhir ke hotel tersebut. Dan aku dan Ida antara orang terakhir yang masuk dining room tersebut. Semua sudah di sana, dan setibanya aku, baru aku sedar, aku berkongsi rona pakaian yang sama dengan salah seorang daripada ahli kumpulanku. Lantas, dia tersenyum, dan aku jua. ;)



Sebagai ahli kumpulan, tidak salah kiranya kami bertegur sapa, dan bertukar nombor telefon. Maka 7 nombor baru telah ditambah ke telefon bimbitku.


20th August 2005.

DK8, Medical School, USM.


Hari akhir. Hari penyampaian sijil. Sijil-sijil telah diberikan kepada ketua kumpulan, untuk dibahagi-bahagikan kepada ahli kumpulan. Seseorang, ternyata bukanlah ketua kumpulan, menghulur sijil kepada ku di celah-celah orang ramai. Kiranya, mungkin dia begitu kasihan melihat aku pendek, tenggelam di lautan manusia. Kira-kira itu baru pertama kali aku lihat reaksi positif begitu dia daripadanya, insan pemalu. Ku sambut dengan ucapan “terima kaseeeeeh.” Dan itu perkataan pertama ku kepadanya. Senyum. ;)

Aku di kereta menunggu rakan sesekolahku datang, untuk pulang. Tiba-tiba, deringan pada telefon bimbit mengejutkan aku,
‘Incoming call. Aizuddin’.
Berhenti.

Hanya misscall. Panggilan rindu ;)

Tuesday, August 16, 2011

Diari Ramadhan edisi Solat Teraweh.

Salam brothers and sisters :)
How is your Ramadhan? May Allah bright your days with Eeman ;)


Anyway, ini apa? Ye, ini gigi.Tapi gigi macam ni memang tak cantik kan? Ye, memang comel kalau pakai puting camni. Tapi kalau jarang camni? Kalau korang ada gigi macam ni,  korang suka tak?

Okay, you got the answer, kan?
What about if you are dentist? Then, one day, datang makcik, okay, benar, it implies to women, dalam case macam ni, kurang kepada lelaki, then nak buat rawatan gigi yang buruk macam ni.

Dentist              : Makcik, kalau kita rapatkan gigi makcik ni, lagi cantik. 
Makcik                : Eh, ni dah rapat, gusi makcik kan dah rapat, so kiranya gigi makcik pun     dah rapat la. 
Kalau korang la dentist tu,mesti macam terkebil-kebil kan?

Tapi situasi macam ni memang acap benar berlaku kan? Terutamanya kalau pergi terawih. Makcik suka sangat guna konsep bila sejadah tu rapat, maka saf pun rapat.Pulak tu sejadah sorang-sorang,  memang bukan boleh bawak bertenang je, bawak berenang pun boleh :’)  Kalau sejadah kita tertindan makcik punya, sambil pandang kita dan senyum,  makcik angkat sejadah dia tindan kita pulak. Uuuiii makan dalam tu makcik.Terkebil-kebil lagi sekali dekat situ.

Okay, takpelah kalau makcik guna konsep rapat saf is rapat sejadah. Dah kalau tak rapat jugak sejadah, kalau kita ajak makcik rapat ke kanan siket, makcik pandang je kita, macam kita salah, as consequences, makcik panggil orang belakang pulak suruh naik. “Makcik dah duduk dari tadi lagi kat sini, nak.”Kadang-kadang kita rasa, eh, aku eh salah? Bukan rapat ke kanan eh? Ah sudah, rasakan! Besar sungguh penangan makcik. Elok-elok yakin, ragu-ragu pulak. Okay, terkebil-kebil lagi.

Kadang-kadang, kalau kita rasa nak mulakan perubahan, tak payah bawak sejadah, jimat space siket. Makcik pandang serong pulak tanya “kenapa tak bawak sejadah? Pergi amek yang  waqaf tu kat belakang ada, pergi amek” wuwuw hina ke takde sejadah?

Ada jugak yang sampai-sampai je, takde pun orang tanya, dia sendiri cakap.  “makcik nak duduk belakang ni je, makcik nak solat 8 rakaat je, mudah nak balik.Lagipun berangin dekat sini,  angin masuk ikut pintu ni” Ye, makcik maksudkan pintu belakang. Sebab makcik memang beratur dekat saf paling belakaaaaaaaannggg sekali padahal berbelas-belas saf lagi kosong depan makcik. Dah nak kata apa lagi. Senyum, tak perlu kata apa-apa ;)

I am pretty sure, benda ni memang kurang berlaku dekat saf lelaki, tengoklah, mana ada lelaki pergi solat, berlenggang kangkung dengan sejadah di lengan, mahupun beg raga yang ada air mineral, face towel, kipas maharani china, atau botol susu anak. Jadi memang diorang solat dengan saf yang rapat (saya rasa la), sebab tak perlu makan ruang untuk sejadah yang besar gabak, beg raga yang menyebabkan diorang susah nak beralih untuk rapatkan saf, atau bawak anak kecil yang sama loud baca ABC sampai Z dengan Al-Fatihah tok imam. Kalau ABC je takpe, ni siap nyanyi-nyanyi ABC…Z, I love you! Ah, sudah!Tok Imam pun naik lupa ayat, berdehem sekejap ;D

Sebagai akibatnya, tok imam buat kuliah, tak pernah nak sentuh bab ni, sebab tok imam tak tahu apa jadi dekat saf muslimat. Tak boleh salahkan tok imam pun, sebab dia tak tahu benda macam ni berlaku. Nak salahkan makcik, lagi tak boleh, sebab makcik laaaagggiiiii tak tahu, kan makcik?Comel sungguh makcik ni, cubit ciket boleh? Hehe.

Solat teraweh is a solat sunat, yang kalau kita solat sorang-sorang pun takpe. Kalau kita solat Jemaah, dapat lipat gandakan pahala sebanyak 27 kali ganda. Jumhur ulama’ bersepakat yang 27 kali ganda itu, melambangkan 27 benda yang kita patut buat, antaranya rapatkan bahu kita dengan orang kiri kanan, biar bersentuhan (takde pun kata kena sentuh sejadah) dan tengok tumit orang sebelah sebelum kita start solat, samakan tumit kita dengan orang sebelah (takde pun kata kena samakan bulu sejadah), biarlah 1 line yang lurus, even letak pedang macam Saidina ‘Umar buat pun, takde yang luka. Dah, kalau tak buat dua benda ni, dah tolak 2 dah. Dapat 25 je, itu pun kalau yang lain-lain semua kita buat. Kalau yang lain pun tak buat? Ha, macam tu lahhhh nak carita.Sama je dengan makcik solat sorang-sorang.Tapi, usaha makcik nak imarahkan rumah Allah, memang patut dipuji lah :)

Kalau gigi kita jarak-jarak, kita pergi baiki, sebab buruk nampak, pastu kalau tooth decay, kita pergi rawat sebab nanti berbau, sama la dengan saf solat.Kalau saf pun tak boleh rapat, bilakitanakbersatu.Bilakitanakbaikimasalahdalamummah.Maka, ukhuwwahkita as sisterhood, boleh jadi buruk dan busuk macam gigi jugak. Logic kan, kenapaSaidina ‘Umar beria asah pedang, nak betulkan saf solat, ingat Saidina ‘Umar suka-suka ke bermandi peluh mengasah pedang? Sebab masalah saf yang tak betul memang tandau mmahtak bersatu. Logic jugak kan, dah kalau duduk pun jauh-jauh, bila masa nak bertegur sapa :)

Malam15 :
Makcik bergegas ke tengah balai solat, mencari ruang-ruang kosong, makcik masuk dan rapatkan saf.Makcik duduk tunggu tok imam mula solat.Tok imam mula angkat takbir solat teraweh, makcik angkat.Tapi makcik ruku’ sorang-sorang, sujud sorang-sorang, sambung sampai 4 rakaat. Makcik solatIsya’ rupanya :’I

Tuesday, August 9, 2011

Diari Ramadhan I.

Salam people ;)
Salam Ramadhan everybody ;)

Rasanya maseh belum terlambat untuk saya mengucapkan Ramadhan Kareem untuk semua.Biarpun dah hari ke sembilan, nape tak ucap hari ke 30 je terus kan,  tapi kalau nak ucap jugak, you all takleh nak cakap pape jugak kan ;p

Ramadhan is like beli satu percuma 10, atau beli satu percuma ribu riban, sebab every ibadat yang kita buat, akan diganda gandakan pahala sempena keberkatan Ramadhan. Sebab tu semua orang berlumba lumba nak pungut pahala pada bulan ini.

Ramadhan tahun ni, I got a real hard knock right on my head, eh tak, on my nose *nose baru sakit*, betul-betul menyentuh hati. Saat dengar je azan malam Ramadhan, hati benar-benar rasa hiba mengenangkan bertuahnya maseh diberi peluang untuk masuk ke majlis yang penuh barakah, yang penuh peluang untuk pungut token pahala. Ada je orang yang tahun lepas, adalah tahun terakhir mereka untuk pungut pahala. Cuba bayangkan kalau kita di tempat diorang yang dah selamat di dunia sanaa, kita maseh banyak kurang, banyak dosa, kurang pahala, dah potong setahun peluang kumpul token, pergi mengadap Maha Pencipta tanpa ada bekalan apa-apa. Dia yang Maha Adil, akan nilai satu satu dosa kita, hukum satu satu. Dosa bukan satu, banyak. Dah, pahala nya mana? Sebab tu lah dah rasa Ramadhan kali ni begitu tersentuh dan bersemangat. Takut-takut kalau tahun depan dah tak sempat. Kira bukan macam masa kecik la, baru je masuk Ramadhan, dah start fikir bila nak raya, penat nye la puasaa kena mandi sentiasa ni ;D

Sekali lagi, Selamat datang Ramadhan ,which I’ve waited impatiently for few weeks, sebab tak sabar nak innovates the way of plucking the Pahalas in more creative way. Mungkin tak payah pluck guna galah dah, dapatsatu-satu, siket-siket, mungkin terus boleh guna chain-saw tu, ha kutip juta-juta lemon terus, insyaAllah. Tapi dalam kutip pahala dari pohon yang Allah bagi, kena hati-hati jugak, kang dalam kutip-kutip buah tu, jangan lupa kerengga jugak banyak :’) Kang dapat pahala, dosa pun dapat. Sebab riya’. Nauzubillah.

So in this Ramadhan, I have few resolutions, which I nak do everything smart, yet in barakah. Taknak terawih biasa-biasa, do sunat things biasa-biasa, taknak khatam sekali je dan biasa-biasa, biar faham kita buat ap, biar ada terkesan dalm hati ;) Kan sekarang cuti sekolah, bukan sekolah macam tahun biasa-biasa, maka usaha pun kenalah luar biasa. Jadi tahun ni insyaAllah nak cari bekal nak bawak dan boleh makan setahun sebelum next Ramadhan, insyaAllah ;) Bukan sekadar habis lepas habis Ramadhan.

p/s : Allah, berharapnya hamba Mu ini nak pahala seribu bulan.  Senonoknya kalau dapat. Makan seumur hidup pun tak habis :’)