Friday, December 23, 2011

The Mind



Salam people ;)

Lama nya tak update. Tiba-tiba hari ni terasa nak menulis pulak. Again, the surroundings, and human stroke me untuk menulis. I love to write about human and humanity, supaya kita boleh get something. Its kinda bored. Tapi I bukan sekadar tulis untuk suka-suka, dan semua orang ketawa. Im not a clown by the way ;p

Ada orang, susah nak sabar.
Ada orang, senang untuk di provoke.
Ada orang, terlalu anxious.
Ada orang, terlalu confident.

Tapi semua ni terjadi disebabkan kita percaya dengan minda kita. Minda adalah ciptaan terhebat masa kini dan untuk selema-lamanya. Semua ni terjadi disebabkan kita terlalu diri-sendiri-dependent, or orang-lain-dependant. Takut orang kata macam-macam, takut orang tengok kita teruk. Sebab tu kita perlu balance, jangan terlalu confident, jangan terlalu rendah diri.

Apa terjadi kalau kita tak balance kan our mind?

Then, psychiatric conditions arise ;)

Yea, my introduction seems berjela-jela, bukan? Sebab I just nak highlight yang psychiatric condition is not something yang teruk. Yes, it is bad, but it’s not worst, yang kita perlu hina orang tu, kita perlu keji dia, kita perlu rejam dia. It is just about imbalance of your mind. That is all.

Psychiatric patient is like a baby, they are just too innocent. Trust everything coming to their mind, be it suara ke, image ke. Like babies, kadang-kadang, diorang tengok TV, boleh gelak guling-guling sampai kita pun takut, "budak ni nampak apa?Takde la lawak mana pun". Diorang bukan nampak tipu-tipu like kita nampak bayangan hantu, tapi nampak betol-betol like kita tengok mak ayah kita, kawan kita.

So, where is our right untuk senang-senang judge diorang as gila, and mengumpat macam-macam pasal diorang? Mana korang tau, kawan yang korang nampak tu, sebenarnya bukan betol-betol? Dan sebenarnya korang yang gila?

Respect them.

Haha where's the fire tiba-tiba I nak tulis pasal benda ni even I dah say babai to psychiatric posting about a month ago?

Sebab I tengah dilemma tengok ada iklan a year class for perubatan islam which they will give u a cert; ijazah perubatan islam. Like..seronok kan? Nanti kita boleh faham this ilmu roh, sebab science tak boleh explain benda ni. And I think its my duty as well. Sebab tak semua sakit perlu ubat. Nanti I not just be a doctor yang boleh bagi ubat, but at the same time, i boleh help bagi pendinding yang lagi mujarab. Cool kan i nanti? ;p

Babai.

Monday, November 7, 2011

Acnes dan Rambut Gugur.

Good day people!

I just wanna share some tips today ;) What is the reason of learning something if it wasn't for sharing, kan.

These days, people keep on talking about the physical beauty. Everybody is hunting for flawless, non-oily skin and healthy, manageable hair.

Justeru, in order untuk dapatkan semua tu, sure-sure dah macam-macam products dah kita cuba kan. Macam-macam tu termasuklah product best, dan tak kurang product yang gampang.

Well, do you actually know what are the facts of kulit oily, acnes, or rambut gugur?

Acne is a chronic inflammation of the skin, specifically pilosebaceous unit. It is due to increased sebum excretion from the sebaceous gland. Actually, there are several causes that can cause the inflammation.

  1. Excessive androgenic activity biasanya lelaki lah yang ada banyak androgen. Keh keh keh sian lelaki. Satu lagi, siapa2 yang on steroid medication lah kan.
  2. Obstruction to outflow of this sebum at the mouth of pilosebaceous. Macam kalau kita cuci muka tak bersih, benda-benda yang lekat kat muka tu boleh cause obstruction.
  3. Excessive colonization/ infection of pilosebaceous duct by Propionobacterium acnes. Again, sila jaga kebersihan. Say no to P.acnes!
  4. Leakage of content of the pilosebaceous follicle into surrounding dermis.

Tapikan, kalau tengok kat atas tu, should be lelaki lah yang patut bernasib malang dapat jerawat. Tapi why on earth selalu perempuan yg suffer from this thing? Ini disebabkan ke-special-an wanita dalam dua benda yang selalu meruntun jiwa which are :

  1. Hormonal activity (menses)
  2. Stress

Last but not the least, of course la it is contagious. Say what? Yes, contagious from parents to offspring. Hehe. If your parents had it masa zaman diorang remaja. Memang terima lah hadiah ini seadanya ;p

Acnes ni ada banyak jenis tahu.

  1. White head (Ia adalah sejenis acnes yang terperangkap totally below the skin surface)
  2. Black head (Ini pula adalah acnes yang partially open to the surface dan sudah bercampur melanin)
  3. Inflammatory pustules (Ini jerawat nasi. Kot.)
  4. Inflammatory papules (Ini jerawat batu. Kot lagi.)
  5. Inflammatory nodules (Ini paling gajah. Dan akan cause scarring. Ini yang semua orang mengigau)

Biasanya kalau pergi hospital, doctor akan bagi antibiotic.g. benzoyl peroxide, erythromycin. Yang ini paling muktabar. Yang kat kedai-kedai tu promo je lebih. Kita pakai sebab tertipu dengan iklan. Haha doctor saya cakaaappp saya tak tahuuuu aiyok lantak lan botak lan makan tahi katak. Vitamin A juga memainkan peranan penting, bukan sahaja vitamin c seperti yang dihebah-hebahkan. One more thing yang berkesan adalah pil perancang rumahtangga (serious) yang bernama Dianne. Ini saya syorkan kepada lelaki supaya kulit cantik sekaligus banyak hormone wanita justeru akan pondan awww. Gitu.

Sebenarnya, I'm not talking untuk kasi nampak terer, tapi the main thing is,

"Jerawat di usia remaja akan hilang sendiri by the age of 20-25"

Jadi, tidak payahlah tertipu dengan iklan-iklan yang begitu menggairahkan, sehingga berhabisan untuk flawless tapi tak jadi pun padan muka. Itu satu hal, yang pakai cream yang begitu affordable, result yang begitu abrupt menjadi putih sehingga scary untuk bandingkan muka adik dengan tangan adik like "eh, tangan pakai glove ke?'. Bukan ingin mengata, tetapi kasihan tahu sebab dia bahaya, kesan jangka panjang nanti jadi nenek epal snow white tahu.

Satu lagi yang I nak bagi fact is:

Rambut terdiri daripada Anagen (baru nak tumbuh), Catagen (matang), dan Telogen (tua, nak say babai dah). Rambut kat kepala kita ada lebih kurang 100 000 helai. Dan setiap hari Telogen akan di shed about 0.1% or less. Jadi sila kira sendiri berapa helai yang patut gugur supaya yang sihat boleh menari-nari.

100 helai bukan?

Dengan bantuan Yinim hair care, kini masalah rambut gugur tiada lagi! Nehi nehi. Tidak perlu begitu terpengaruh kalau gugur 20 helai sehari pun. 100 helai pun okay lagi lah. Bila saya jadi doctor nanti, saya ingin berkata

Buktikan dulu rambut anda gugur lebih seratus helai. Bilang jangan tak bilang. Kemudian baru saya bagi rawatan. Rawatan untuk Obsessive-Compulsive disorder. Haha sebab awak begitu obsess nak bilang 100 helai rambut gugur.

Kesimpulannya hari ini, selain jangan begitu terpengaruh dengan iklan, marilah kita jangan cepat merungut. Itu semua normal, dan kita semua memang sudah cantik. Tidak perlu terlalu fake sangat. Iklan memang suka menipu kita.

Semua ini pun saya baru tahu. Baru belajar. Maka saya nak kongsi. Mari-mari kita kongsi sama-sama.

Monday, October 24, 2011

Doktor dan pelajaran.

Salam peeps ;)

Kadang-kadang, bila kita terlalu selesa dengan kehidupan kita, kita lupa untuk menjengah ke tingkap mereka yang lebih susah.

Kadang-kadang, bila kita terlampau senang dengan apa yang kita peroleh, kita lupa untuk berkata syukur, sebaliknya merungut dan merungut.

Bila aku tengok orang yang tua, yang uzur, terbaring seorang diri di wad, tanpa ada sedara datang melawat, apatah lagi menjaga, aku jadi rasa syukur, sekurang-kurangnya aku masih ada saudara mara. Si tua yang terbaring kadang-kadang sengaja rahsiakan sakit mereka agar tidak susahkan anak-anak. Kata mereka, anak-anak mereka jua bukan orang senang, biarlah mereka sakit seorang, agar anak senang semua. Aku berdoa agar aku tidak lupa untuk menabur jasa pada yang tua.

Bila aku tengok ada yang muda, tapi sudah sakit seperti yang tua, aku jadi syukur, sekurang-kurangnya aku masih lagi sihat. Umur mereka masih muda, tapi immune cell sudah mula menggigit cell sendiri. Tiada sebab yang manusia boleh fikir. Itu semua percaturan Allah yang maha kuasa. Bila ditanya, aku juga hanya mampu kata semua ini takdir. Tiada sebab atau risk factors. Semua dari Allah, hanya Allah yang tahu kenapa dan mengapa. Aku berdoa agar aku bukan calon ujian hebat begitu.

Bila aku dengar aduan (mereka tidak merungut), bahawa susah untuk mereka datang follow up sebab kena keluar ke jalan besar menahan teksi walau mereka sakit teruk, sesak nafas hingga biru lebam, apa lagi terpaksa meniggalkan punca rezeki untuk mencari rawatan, aku jadi bersyukur sekurang-kurang nya aku ada kemudahan. Tapi mereka tidak merungut, malahan berpesan supaya jangan menyusahkan pihak doktor, mereka mampu untuk gagahkan diri ke hospital. Walhal aku tahu mereka payah, sukar. Aku minta agar aku mampu pinjam kekuatan mereka.

Dan aku bersyukur sekurang-kurang nya Allah bagi aku peluang untuk lihat susah orang, supaya aku lebih belajar untuk rasa bersyukur dengan 'susah' yang aku rasa susah.

Aku mula cinta dengan kerja Doktor ;)

Sunday, October 23, 2011

ILY Medical Posting ♥


Assalamualaikum ;)

Today is my day one leaving the Medical Ward. Macam macam perasaan ada, nak enjoy sebab dah tak perlu busy sangat, tapi yang lebih dan banyaknya adalah rasa rindu dan rindu dan mula menghargai keseronokan di Medical Ward. Begitulah lumrah manusia. Sudah terhantuk baru tergadah. Haha salah peribahasa.

It was 6 weeks I've been attached to Medical ward. It's tiring, yet interesting. For me la, sebab I suka Medical. Tapi, unluckily, I only just get to catch the tract on the last half of the posting. Eh tak lah, week 5 baru sedar yang aku ni medical student yang duduk di wad medical. So the previous 4 minggu tu macam membazir la kan? Memang! Sangat! Cuba korang bayang kan, benda yang korang suka, like GCB, yang hanya boleh dinikmati setahun sekali je, tapi bila korang baru je makan sekali, dah fallin love, nak lagi, dah habis. Tak ke rasa diri ini seperti melukut di tepi gantang? Sebab itu lah, I terpanggil today untuk cakap siket pasal Medical, mana tahu korang boleh berdansa to the fullest with medical nanti kan? Takde lah menyesal seperti saya.

Untuk sape-sape yang tak tahu, medical adalah discipline yang luas. Tak reti lah jugak nak describe, tapi kalau selain beranak, patah tulang, psychiatric, bedah-bedah, tu sume medical la. Yang deal dengan electrolyte dan benda-benda kecil dalam tubuh yang tak terlihat oleh mata. Itulah medical. Seronok kan? Ok tak? Fine, aku memang tak pandai convincing.

Okay berikut adalah my pengalaman yang I rasa nak kongsi untuk kebaikan bersama :

For the beginners yang baru nak mula, eloklah basahkan minda you all dengan Davidson/ Macloid/ Kumar&Clark. Pilihlah mana satu, yang pasti semua 3 inci dan ke atas. Bukan basahkan je, tapi sila hafal dengan jayanya. My supervisor said Kumar&Clark tak elok sangat. Tsk mana nak campak buku ratus ringgit ni.

In clinical years, doctors dah expect kita macam HO, means pagi-pagi sila lah tengok progression patient dah okay ke tak ke, vital signs dah okay ke (sila cek setiap pagi, jangan bohong tiru result semalam, kang dapat hadiah tendang ke KB Mall), result darah macam mana, apa plan korang lepas ni, nak rawat guna apa lepas ni (bukan main logic, dalam kepala kena ada ilmu lah maksudnya), dah boleh ke nak discharge. Medical bukan macam ward lain, yang kita boleh pergi ikut ward round sahaja, tapi kena involve. Nanti doctors tanya, hari ni Creatinine patient ni dah berapa. Kalau rasa bergaya, boleh lah cuba untuk jawab "tak pasti, saya tak tengok result, saya baru ambik history pagi ni." Kalau nak rasa macam mana atrial fibrillation tu macam mana, boleh lah beri jawapan sedemikian rupa ;p

Doctors pulak, macam-macam, ada yang baik, ada yang tegas. Biasanya doctors takkan suruh kita present, diorang pun banyak kerja kot nak tukulkan pahat seperti kita. Kita lah kena mintak nak present. Tapi sebenarnya memang itu lah harapan diorang, nak kita present, even muka diorang cool macam tak layan kita pun. Tolong lah cuba untuk present, banyak faedahnya, walaupun I menikus kalau tak tanya I tak present jugak kalau doctor garang ;p Tapi ada seorang Registra yang sangaatt baik tanya setiap katil ni patient siapa, suruh present, dia tegur dan baiki kalau salah :') Terharu bukan dengan doctor baik sebegini.

Kalau dulu I mesti macam rasa betol ke doctor ni suruh aku cari case Nephrotic syndrome, or suruh pergi dengar murmur banyak-banyak, or pergi clerk patient chronic liver disease. Mesti nak jerit, MANA ADAAAA case macam niiii! Tapi sebenrnya, banyaaaakkk sangat. Itu lah, orang tua cakap, jangan melawan. Kalau murmur tu, boleh dikatakan hampir setiap patient, mesti ada murmur. Datang dengan anaemia pun, nak jugak ada murmur.

Kesimpulannya, I rasa Medical memang best. Haha nak jugak cakap best sampai ke sudah. Nak buat macam mana, I suka. Hiks. Even Medical ward busy siket, tapi at least kita boleh involve dan buat kebanyakan procedure dan management dia. Dan boleh cek macam dokter-dokter buat. Tu yang best sebenarnya. Hiks. Boleh belajar banyak benda la. Kan kalau surgery, boleh observe je.

Learning is Fun peeps!



Again, Medical is discipline yang deal dengan kebanyakan orang sebab case dia memang commonly seen dalam masyarakat. Justeru belajar bersungguh-sungguh adalah perlu untuk kita tolong kaum kerabat, taulan, dan masyarakat, mana tahu mereka perlukan kita suatu hari nanti. 


Okay sekarang I posting psychiatric. Mari belajar agar tidak sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya sebab tidak bersungguh-sungguh. Errr ye ke akan rindu psychi seperti rindu medical lepas ni? ;p

Thursday, September 29, 2011

Alhamdulillah ;)

Salam ;) 


Hari ni genaplah 3 minggu saya posting di Medical Ward. Medical Ward adalah ward yang mempunyai wide coverage of penyakit seperti sakit jantung, paru-paru, sakit buah pinggang, penyakit-penyakit berjangkit; tak kesah lah as simple as dengue, kepada hepatitis, kepada HIV. Pendek kata Medical Doctors deal dengan metabolic changes dalam badan. Cell darah, changes dalam urine, ions changes dalam jantung. Kau nampak je dia kecik, eh bukan, tak nampak dengan mata kasar pun ion-ion itu, tapi nak tackle mereka tu payah. Ilmu perlu lah merangkumi perihal jantung, paru-paru, buah pinggang, etc. Skill juga haruslah bukan limited kepada satu sistem saja seperti periksa bahagian dada, kena tahu banyak sistem. Boleh je tiba-tiba Doctors nak buat surprise, ha kamu, cek saraf pakcik ni sekarang. Kalau hati tak kuat nyah, mahu kena tandang keluar tingkap. 


Tapi banyak yang saya bersyukur dengan apa saya ada sekarang. I know, lately I banyak mengeluh, but then I realized it ain't grow better at all. The thing I should do is innovates it positively, sebab mengeluh will give you nothing, lagi Allah tarik rezeki ada lah.


I pernah ada experiences round ward dengan doctor garang, setakat jerit sampai 1 ward pandang, or halau us setiap hari bekerja (haha macam official government procedure pulak setiap hari bekerja), lama-lama I pun tak tau kenapa, I dah jadi immune, like marah pun takpe lah, redah je. In another end, I bersyukur and thank her, sebab build me jadi lagi kuat, dah tak cengeng, marah siket, dah muncung, dah give up. It may be temporary or I je perasan I ni berani, tapi kelas dengan Dato', I tak shiver or palpitate like having thyrotoxicosis pun, seriously. Bukan sebab I berlagak tanak hormat Dato', tapi I was like whatever happen pun, memang kena harungi jugak kan. Doctors are cikgu anyway, they are doing for our good. So why not we terima je. Bukannya mati pun kena marah. At least I dah tak cepat down with pressure. Alhamdulillah ;) 


And and and. Paling best, I dapat supervisor yang sangaaatt baik. Alhamdulillah lagi. Tadi I ada mid posting exam dengan beliau. Main-main, exam kalah time sekolah-sekolah, sebulan sekali. Tahun 4 in Medical School exam 3minggu sekali. Ini bukan seperti kuiz ke test ke ape ke, tapi peperiksaan, yang mesti lulus. Mesti. Sebab kalau fail more than 2 posting, kena repeat year. Nauzubillah. Jauhkan ujian tu dari ku ya Allah. Tapi Alhamdulillah, beliau sangat baik. Baik tu bukan baik biasa-biasa, tapi exam slot terus jadi teaching slot, siap after my presentation, siap beliau buat summary. Beliau, bukan saya. Ulang lagi, beliau. Saya hanya taip summary yang beliau buat. 



My slides is plain white with No background. Ni Prof. la ni yang suruh tukar kaler biru. Tukar on the spot just before I start. Then, lastly, summary ni, he guide one by one like "okay, buat table. Pergi home, ha pilih table tu. Eh insert la 'new slide' dulu. Okay pilih 7x7 table. Okay atas tu tulis condition, next, tulis apex beat, next bla bla bla. Okay we go to the 1st condition; Mitral Stenosis. You type MS je." Sampai habis. Satu-satu. "Okay, lastly you balik study summary ni je, dah okay dah." wuwuw baik nya, rasa kesian pulak dekat Prof. sebab dapat I sebagai anak. Dahla bagi lulus. Alhamdulillah ;) 

For next session, I janji prof., I akan belajar bersungguh-sungguh, sebelum Prof. buat summary, I dah present dah. Mesti Prof. happy ajaran Prof. I praktikkan, kan Prof.? ;) 

Lastly, thank you Allah, for put me to where I am today ;)

Thursday, September 15, 2011

Selamat Datang Dunia Klinikal.

Salam ;)

Malam sudah, aku on call. On call pertama. On call memang memaksa keringat bergerak lebih. Keringat zahir mahupun minda yang berputar. Sudah kelas dari 8am hingga 5pm, siapa-siapa yang on call harus sambung lagi dari 8pm hingga 12pm. Kelas itu bermaksud ward round, bedside teaching, bukan kelas di dilik dingin, berbau segar, dan bersandar di kerusi empuk. Kalaupun ada 2 jam study leave, juga harus gunakannya to the max mencari procedures yang harus dibuat untuk log book requrements. Seharian berdiri, berjalan, tangan kaki minda bergerak, siapa yang tidak longlai. Sedang aku enak melepas linang pada malam ini, aku masih belum boleh lupa apa yang aku sudah pandang waktu semalam.




Lebih kurang ini lah apa yang aku lihat. A 86 years old wife terbaring dengan mata terpejam di dalam wad, sudah 2 tahun stroke. Bezanya dari gambar ini, si suami, baya-baya isteri itu juga lah, datang melawat dengan kerusi roda, sudah tidak daya melangkah, uzur di lanjut usia. Bezanya lagi si suami tidak menopang dagu di atas katil, sudah bongkok untuk menongkat tubuh, terpisah melalui besi palang katil. Si isteri kurang sedar dengan keadaan sekeliling, ingin mencabut wayar di tangan. Si suami tidak lepas mata dari isteri, tidak lupa mengusap tangan isteri, tidak lepas kata-kata lembut, berpesan supaya jangan banyak bergerak, jangan cabut wayar. Kalau semalam, lewat malam baru si suami pulang, itu pun setelah dipujuk anak-anak, maknanya sudah 2 tahun juga si suami tidak lekang dari terus memberi semangat kepada si isteri.

Macam-macam bukan ragam manusia. Ada yang sudah tua, sudah diuji dengan ujian sakit, ujian lanjut usia, ujian insan kesayangan sedang bertarung nyawa, namun tetap bersyukur dengan kehidupan. Itu ujian Tuhan, selagi terdaya, aku pikul, aku tanggung, aku usaha dengan sebaiknya. Ada pula yang masih muda, baru sahaja menjejak cabaran, belum pun melangkah jauh seperti si tua, belum pun lewat berbagai-bagai dugaan, sedikit cuma, di permukaan cuma, namun sudah merasa lelah, sudah hilang tumpu punca ingin melawan lelah.

Sepatutnya aku lebih bersyukur, diberi kesempatan di dalam profesion ini, boleh lihat kesusahan, boleh buka mata kepada berbagai-bagai kelompok manusia, banyak peluang untuk koreksi diri, lebih jangkauan untuk berbakti. Tidak banyak pun, sedikit pasti boleh!

Maka, segala apa lelah yang aku tanggung, segala payah yang aku gapai, tidak boleh aku bilang, tidak patut aku ungkit, tetapi aku harus tetap bersyukur, kerana semua itu membawa aku ke arah yang lebih baik, insyaAllah. Syukur kerana ada peluang ini.

Segala apa yang Allah bebankan (kata aku), bukanlah sebenarnya bebanan, tetapi hadiah yang PASTI aku boleh tanggung, untuk aku supaya aku jadi Syafiqah yang kuat. Kerana aku bukan Syafiqah yang akan mengalah, tetapi Syafiqah yang mampu kaut cabaran, untuk tukar segala awan jerih jadi kilauan pelangi yang mampu buat setiap di sisi ku tersenyum. 

Terima kasih pakcik dan makcik yang sudah uzur, kerana beri aku yang masih sihat sebuah pengajaran :') Aku doa pakcik dan makcik bahagia sampai syurga.


p/s : jangan jadi orang sabar, kerana orang sabar pasti hatinya sakit menanggung seksa yang dikenang. Tapi jadilah insan bersyukur, kerana syukur itu mengajar kita untuk terima dengan senyum ;)



Tuesday, September 13, 2011

Kasut Kitty Comel.

 Salam ;) 


There is somebody who is always care for me termasuklah tolong fikir me dah masuk clinical year, justeru harus bergegas ke warehouse sale and try to find something which comfort for my feet, tapi tak beli pun untuk diri sendiri sebab sibuk nak beli for me.



Walaupun nama nya warehouse sale yang memang price cut 50% and above and outdated fashion for the products clearance, but still the price is -_-" kan. And kena beratur panjang dari tangga, sila lah masuk sorang-sorang ibarat ke KFC sebelah Pantai Timur Kota Bharu in middle 90's (sebab satu tu je KFC ada kat Kelantan time tu). And thank you somebody for this Comel's Kitty and Anggun's Sandal :')


Ahh Kasut Kitty ini memang begitu comels. Sayang tahu nak pakai sehingga hanya letak her berpayung di bawah payung polkadot. Kalau she is manusia, mahu saja cubit-cubit. :') 

But this somebody is currently being warded due to dengue fever. And please, I could not bear seeing him endured the pain. Dengue fever is when you will suffer from high grade fever for about seminggu even orang tu paling terer pun, platelet dropped and your liver won't function very well. Ini disebabkan nyamuk tu suka makan platelet, pastu suka beranak dalam liver, and interfere with liver function. Dahla menumpang, cakap banyak pulak. 

How can you stay calm when the platelet range of 150-450x10^9/L drop till 36,  and Alanine Transferase which should be tied within 9-40IU/L, shooted up to 767, it just can fail the liver function tahu! Jahat bangat kamu ini nyamuk! 

See, kesian pakcik. kurus daahh :(

So people, please, eliminate the dengue habitats around your house. Take the dengue precaution steps. Kalau kena, dahla demam pun dapat. Horror sangat kay demam dia. Pastu kalau orang kesihatan pergi cek, mau RM500 seekor kalau dia jumpa. lagi mahal dari pokke kay!


Updates : Pakcik dah keluar hospital hari ni. Alhamdulillah :') This is entry lama, tapi malas nak edit letak gambar bagai, so biarkan tersadai. Ahh kenapa dah pandai nak prioritize belajar ni, Syafiqah! ahh tumbesaran changes barangkali. ;p