Sunday, October 23, 2011

ILY Medical Posting ♥


Assalamualaikum ;)

Today is my day one leaving the Medical Ward. Macam macam perasaan ada, nak enjoy sebab dah tak perlu busy sangat, tapi yang lebih dan banyaknya adalah rasa rindu dan rindu dan mula menghargai keseronokan di Medical Ward. Begitulah lumrah manusia. Sudah terhantuk baru tergadah. Haha salah peribahasa.

It was 6 weeks I've been attached to Medical ward. It's tiring, yet interesting. For me la, sebab I suka Medical. Tapi, unluckily, I only just get to catch the tract on the last half of the posting. Eh tak lah, week 5 baru sedar yang aku ni medical student yang duduk di wad medical. So the previous 4 minggu tu macam membazir la kan? Memang! Sangat! Cuba korang bayang kan, benda yang korang suka, like GCB, yang hanya boleh dinikmati setahun sekali je, tapi bila korang baru je makan sekali, dah fallin love, nak lagi, dah habis. Tak ke rasa diri ini seperti melukut di tepi gantang? Sebab itu lah, I terpanggil today untuk cakap siket pasal Medical, mana tahu korang boleh berdansa to the fullest with medical nanti kan? Takde lah menyesal seperti saya.

Untuk sape-sape yang tak tahu, medical adalah discipline yang luas. Tak reti lah jugak nak describe, tapi kalau selain beranak, patah tulang, psychiatric, bedah-bedah, tu sume medical la. Yang deal dengan electrolyte dan benda-benda kecil dalam tubuh yang tak terlihat oleh mata. Itulah medical. Seronok kan? Ok tak? Fine, aku memang tak pandai convincing.

Okay berikut adalah my pengalaman yang I rasa nak kongsi untuk kebaikan bersama :

For the beginners yang baru nak mula, eloklah basahkan minda you all dengan Davidson/ Macloid/ Kumar&Clark. Pilihlah mana satu, yang pasti semua 3 inci dan ke atas. Bukan basahkan je, tapi sila hafal dengan jayanya. My supervisor said Kumar&Clark tak elok sangat. Tsk mana nak campak buku ratus ringgit ni.

In clinical years, doctors dah expect kita macam HO, means pagi-pagi sila lah tengok progression patient dah okay ke tak ke, vital signs dah okay ke (sila cek setiap pagi, jangan bohong tiru result semalam, kang dapat hadiah tendang ke KB Mall), result darah macam mana, apa plan korang lepas ni, nak rawat guna apa lepas ni (bukan main logic, dalam kepala kena ada ilmu lah maksudnya), dah boleh ke nak discharge. Medical bukan macam ward lain, yang kita boleh pergi ikut ward round sahaja, tapi kena involve. Nanti doctors tanya, hari ni Creatinine patient ni dah berapa. Kalau rasa bergaya, boleh lah cuba untuk jawab "tak pasti, saya tak tengok result, saya baru ambik history pagi ni." Kalau nak rasa macam mana atrial fibrillation tu macam mana, boleh lah beri jawapan sedemikian rupa ;p

Doctors pulak, macam-macam, ada yang baik, ada yang tegas. Biasanya doctors takkan suruh kita present, diorang pun banyak kerja kot nak tukulkan pahat seperti kita. Kita lah kena mintak nak present. Tapi sebenarnya memang itu lah harapan diorang, nak kita present, even muka diorang cool macam tak layan kita pun. Tolong lah cuba untuk present, banyak faedahnya, walaupun I menikus kalau tak tanya I tak present jugak kalau doctor garang ;p Tapi ada seorang Registra yang sangaatt baik tanya setiap katil ni patient siapa, suruh present, dia tegur dan baiki kalau salah :') Terharu bukan dengan doctor baik sebegini.

Kalau dulu I mesti macam rasa betol ke doctor ni suruh aku cari case Nephrotic syndrome, or suruh pergi dengar murmur banyak-banyak, or pergi clerk patient chronic liver disease. Mesti nak jerit, MANA ADAAAA case macam niiii! Tapi sebenrnya, banyaaaakkk sangat. Itu lah, orang tua cakap, jangan melawan. Kalau murmur tu, boleh dikatakan hampir setiap patient, mesti ada murmur. Datang dengan anaemia pun, nak jugak ada murmur.

Kesimpulannya, I rasa Medical memang best. Haha nak jugak cakap best sampai ke sudah. Nak buat macam mana, I suka. Hiks. Even Medical ward busy siket, tapi at least kita boleh involve dan buat kebanyakan procedure dan management dia. Dan boleh cek macam dokter-dokter buat. Tu yang best sebenarnya. Hiks. Boleh belajar banyak benda la. Kan kalau surgery, boleh observe je.

Learning is Fun peeps!



Again, Medical is discipline yang deal dengan kebanyakan orang sebab case dia memang commonly seen dalam masyarakat. Justeru belajar bersungguh-sungguh adalah perlu untuk kita tolong kaum kerabat, taulan, dan masyarakat, mana tahu mereka perlukan kita suatu hari nanti. 


Okay sekarang I posting psychiatric. Mari belajar agar tidak sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya sebab tidak bersungguh-sungguh. Errr ye ke akan rindu psychi seperti rindu medical lepas ni? ;p

2 comments:

[MH] said...

shikah. ku ada macleod, talley, oxford handbook, kumar n clark ngn davidson. byk nyaaa buku kuuu...

sila buat ranking buku utk aku. mana yg utamakan, mana yg kureng2. huhu

(aku mmg suka beli buku :( )

syafiqah adnan said...

eh baguslah suka beli buku. jangan berkira mcam aku hehe

semua tu penting, penting dalam class dia la. kalau theory, doctor aku kata macleod penting. kalau clinical skill of course talley yang disayangi. hehe. kalau doctors kat sini, memang cakap ayat sebijik2 macam buku. tak tahu lah uni lain macam mana, tapi aku sure mesti semua doctors otak photocopy terer punya hafal buku2 tu.

satu lagi doctor aku suggest buku tajuk Lecture Notes in Medicine. dia kata buku lama, tapi bagus dari semua2. for clinical la. tapi aku pun tak cari lagi eheh