Wednesday, September 7, 2011

Monolog dalaman Dinda.



Panas demam kanda mungkin membahang. 
Sampai Kanda boleh pergi sebegini jauh. 
Tapi kiranya kanda seperti serius, 
Kalau tidak, masakan sampai pada telinga ibu Kanda. 
Kanda kata Kanda sakit mungkin sebab nazar Kanda yang tertunggak. 
Maka Kanda segerakan.

Ibu Kanda mudah sekali berkata ya. 
Dinda pula naik shock. 
Siap bertanya tarikh mahu berhadap. 
Siap bertanya mahu sekadar sunting atau ikat terus ke rusuk Kanda. 
*nasib baik ibu Kanda cadang bukan masa terdekat ni*


Besar taruhan ibu Kanda pada Dinda. 
Sedang Dinda kalau diibaratkan, 
Masak nasi, beras antah. 
Masak air, payau telaga. 
Pakai baju, camping merata. 
Jahit koyak, rabiknya masih ada. 


Dinda masih belum Puspa Sari, Kanda 
Boleh mencari kacang dalam beras, 
boleh memilih biji lada dalam serbuk cili. 


Tapi kiranya itu dipersetujui, Dinda terima.  .^^. 
Kerana sampai ufuk terbit di barat juga Dinda belum rasa Dinda sedia. 
Kerana taruhannya bukan sedikit. 
Pasak agama mahu teguh. 
Asahan ilmu dunia mahu tajam. 
Emosi kena kuat. 
Jasmani kena hebat. 
Tapi Dinda boleh belajar perlahan-lahan kan dalam masa pelayaran kita? 
Kanda boleh terima kalau Dinda serba kurang kan? 


Tapi Kanda kena beritahu sendiri keluarga Dinda. 
Kerana Dinda masih kecil, 
Dinda belum pandai bercakap hal begini. :') 


p/s: Siapa baca sila abaikan ;p

5 comments:

Fadzleen Ezyani said...

eh tolong lah msg sy sekarang..apa yg berlaku nih? mana aci sayo tak tau cite nih??

ishanokokoro said...

wawaaaa...kiranya status kt wall ninon hr tu bakal jd realiti la???yeaa.nk make nasi minyok!

D.S.R said...

dasyat Dr kita bermadah!! ^^, puitis habiss..

semoga cepat2 berlangsung ya!

yang mendoakan kebahagiaan kalian said...

i cant ignore this...it's happiness!!!!

~black heron~ said...

kali ade button like, sy nak like komen nana... likelikelike...wahaha