Thursday, August 18, 2011

Kami The Movie.


18th August 2005.


Anna Lodge.

“Saudari, kumpulan 9?”
Saat aku terpinga-pinga di celah-celah ratusan pelajar yang juga baru mendaftar ke kem akademik ini, aku ditegur oleh seorang yang berbaju berwarna jingga. Aku bagai sedikit terkejut, kerana aku juga baru sahaja melontarkan soalan yang persis pertanyaannya kepadaku. Serentak. Kami sama-sama tersenyum menyedari kami berdua melontarkan soalan yang sama. Dia membalas dengan anggukan. 
Aku jua.

Aku pada mulanya diam, ekoran aku tidak begitu ingin ke mari. Aku masih buntu memikirkan mengapa kaki ku tetap gagah ke sini, walau hati keras melonjak tidak mahu. Siapa yang mahu datang saat cuti sekolah pertengahan penggal kedua sudah bermula. Apa lagi esok merupakan hari pertunangan salah seorang ahli keluargaku. Tapi aku masih bingung kenapa hatiku masih jua didorong ke mari.
“Hai, saya Hidayah. Panggil je Ida”
“Saya Syafiqah. Selamat berkenalan.” Senyum.
Saat Ida memulakan bicara, aku senang dengannya. Lemah-lembut, dan begitu manis orangnya. Aku kira, kami boleh bersahabat di sepanjang kem ini. Maka kami mula bertukar-tukar nombor telefon. Dan seorang yang berada di hujung kumpulan, pendiam, memulakan kata-kata kepada ahli kumpulan. Kata-kata yang ku kira tenang, dan berhati-hati.
“Assalamualaikum, saya Aizuddin Ismail, dari Falahiah”
Dan dia pemuda berbaju jingga, orang pertama yang menegurku tadi.
;)

Malam berlabuh, perjalanan yang sudah separuh, daripada tempat penginapan berhenti seketika. Solat Maghrib. Usai solat di masjid, kami meneruskan perjalanan ke pantai, untuk melihat bintang.

Sungguh indah deruan ombak di pantai, dan angin yang menyapa wajah. Di sini, aku kenal kejora. Kejora, bintang yang tetap di situ, tidah berubah, tidak berganjak sedikit pun walau alam dimamah usia, walau masa beredar. Walau awan mendung kunjung tiba, walau beribu bintang di langit yang hadir, kejora tetap bergemerlapan, mengalahkan bintang lain yang mencabar. Kejora tidak ku hampiri, kerana kejora jauh di puncak langit, punya harga tersendiri. Kejora tidak jua mendekati, kerana aku mutiara di dasar air, sukar dimiliki, bukan buih pada ombak yang mudah didekati.
;)


19th August 2005.

Multi Discipline Lab, Medical School, USM.


Hari kedua bermula, dan saintis muda memulakan kerja. Eksperimen urine microscopy. Urine sendiri, test sendiri, dan present tentang urine sendiri. Yucks! Aku, seperti biasa, sering diarahkan untuk menulis hasil keputusan di kertas mahjong. Mungkin kerana tulisanku sedikit tersusun. Pemuda berbaju jingga itu pula melukis microscopic findings. Oh, dia pandai melukis ;)

Usai solat Maghrib di bilik, kami bergegas ke Hotel Ansar, untuk makan malam. Aku memang mengambil banyak masa kalau bersiap. Maka, aku menaiki bas terakhir ke hotel tersebut. Dan aku dan Ida antara orang terakhir yang masuk dining room tersebut. Semua sudah di sana, dan setibanya aku, baru aku sedar, aku berkongsi rona pakaian yang sama dengan salah seorang daripada ahli kumpulanku. Lantas, dia tersenyum, dan aku jua. ;)



Sebagai ahli kumpulan, tidak salah kiranya kami bertegur sapa, dan bertukar nombor telefon. Maka 7 nombor baru telah ditambah ke telefon bimbitku.


20th August 2005.

DK8, Medical School, USM.


Hari akhir. Hari penyampaian sijil. Sijil-sijil telah diberikan kepada ketua kumpulan, untuk dibahagi-bahagikan kepada ahli kumpulan. Seseorang, ternyata bukanlah ketua kumpulan, menghulur sijil kepada ku di celah-celah orang ramai. Kiranya, mungkin dia begitu kasihan melihat aku pendek, tenggelam di lautan manusia. Kira-kira itu baru pertama kali aku lihat reaksi positif begitu dia daripadanya, insan pemalu. Ku sambut dengan ucapan “terima kaseeeeeh.” Dan itu perkataan pertama ku kepadanya. Senyum. ;)

Aku di kereta menunggu rakan sesekolahku datang, untuk pulang. Tiba-tiba, deringan pada telefon bimbit mengejutkan aku,
‘Incoming call. Aizuddin’.
Berhenti.

Hanya misscall. Panggilan rindu ;)

1 comment:

D.S.R said...

Likey <3 haritu br tau kisah mg ni ikah..hehehe sweet2 =D Semoga sweet2 selalu...InsyaAllah.. =)