Friday, December 23, 2011
The Mind
Monday, November 7, 2011
Acnes dan Rambut Gugur.
Good day people!
I just wanna share some tips today ;) What is the reason of learning something if it wasn't for sharing, kan.
These days, people keep on talking about the physical beauty. Everybody is hunting for flawless, non-oily skin and healthy, manageable hair.
Justeru, in order untuk dapatkan semua tu, sure-sure dah macam-macam products dah kita cuba kan. Macam-macam tu termasuklah product best, dan tak kurang product yang gampang.
Well, do you actually know what are the facts of kulit oily, acnes, or rambut gugur?
Acne is a chronic inflammation of the skin, specifically pilosebaceous unit. It is due to increased sebum excretion from the sebaceous gland. Actually, there are several causes that can cause the inflammation.
- Excessive androgenic activity biasanya lelaki lah yang ada banyak androgen. Keh keh keh sian lelaki. Satu lagi, siapa2 yang on steroid medication lah kan.
- Obstruction to outflow of this sebum at the mouth of pilosebaceous. Macam kalau kita cuci muka tak bersih, benda-benda yang lekat kat muka tu boleh cause obstruction.
- Excessive colonization/ infection of pilosebaceous duct by Propionobacterium acnes. Again, sila jaga kebersihan. Say no to P.acnes!
- Leakage of content of the pilosebaceous follicle into surrounding dermis.
Tapikan, kalau tengok kat atas tu, should be lelaki lah yang patut bernasib malang dapat jerawat. Tapi why on earth selalu perempuan yg suffer from this thing? Ini disebabkan ke-special-an wanita dalam dua benda yang selalu meruntun jiwa which are :
- Hormonal activity (menses)
- Stress
Last but not the least, of course la it is contagious. Say what? Yes, contagious from parents to offspring. Hehe. If your parents had it masa zaman diorang remaja. Memang terima lah hadiah ini seadanya ;p
Acnes ni ada banyak jenis tahu.
- White head (Ia adalah sejenis acnes yang terperangkap totally below the skin surface)
- Black head (Ini pula adalah acnes yang partially open to the surface dan sudah bercampur melanin)
- Inflammatory pustules (Ini jerawat nasi. Kot.)
- Inflammatory papules (Ini jerawat batu. Kot lagi.)
- Inflammatory nodules (Ini paling gajah. Dan akan cause scarring. Ini yang semua orang mengigau)
Biasanya kalau pergi hospital, doctor akan bagi antibiotic.g. benzoyl peroxide, erythromycin. Yang ini paling muktabar. Yang kat kedai-kedai tu promo je lebih. Kita pakai sebab tertipu dengan iklan. Haha doctor saya cakaaappp saya tak tahuuuu aiyok lantak lan botak lan makan tahi katak. Vitamin A juga memainkan peranan penting, bukan sahaja vitamin c seperti yang dihebah-hebahkan. One more thing yang berkesan adalah pil perancang rumahtangga (serious) yang bernama Dianne. Ini saya syorkan kepada lelaki supaya kulit cantik sekaligus banyak hormone wanita justeru akan pondan awww. Gitu.
Sebenarnya, I'm not talking untuk kasi nampak terer, tapi the main thing is,
"Jerawat di usia remaja akan hilang sendiri by the age of 20-25"
Jadi, tidak payahlah tertipu dengan iklan-iklan yang begitu menggairahkan, sehingga berhabisan untuk flawless tapi tak jadi pun padan muka. Itu satu hal, yang pakai cream yang begitu affordable, result yang begitu abrupt menjadi putih sehingga scary untuk bandingkan muka adik dengan tangan adik like "eh, tangan pakai glove ke?'. Bukan ingin mengata, tetapi kasihan tahu sebab dia bahaya, kesan jangka panjang nanti jadi nenek epal snow white tahu.
Satu lagi yang I nak bagi fact is:
Rambut terdiri daripada Anagen (baru nak tumbuh), Catagen (matang), dan Telogen (tua, nak say babai dah). Rambut kat kepala kita ada lebih kurang 100 000 helai. Dan setiap hari Telogen akan di shed about 0.1% or less. Jadi sila kira sendiri berapa helai yang patut gugur supaya yang sihat boleh menari-nari.
100 helai bukan?
Dengan bantuan Yinim hair care, kini masalah rambut gugur tiada lagi! Nehi nehi. Tidak perlu begitu terpengaruh kalau gugur 20 helai sehari pun. 100 helai pun okay lagi lah. Bila saya jadi doctor nanti, saya ingin berkata
Buktikan dulu rambut anda gugur lebih seratus helai. Bilang jangan tak bilang. Kemudian baru saya bagi rawatan. Rawatan untuk Obsessive-Compulsive disorder. Haha sebab awak begitu obsess nak bilang 100 helai rambut gugur.
Kesimpulannya hari ini, selain jangan begitu terpengaruh dengan iklan, marilah kita jangan cepat merungut. Itu semua normal, dan kita semua memang sudah cantik. Tidak perlu terlalu fake sangat. Iklan memang suka menipu kita.
Semua ini pun saya baru tahu. Baru belajar. Maka saya nak kongsi. Mari-mari kita kongsi sama-sama.
Monday, October 24, 2011
Doktor dan pelajaran.
Salam peeps ;)
Kadang-kadang, bila kita terlalu selesa dengan kehidupan kita, kita lupa untuk menjengah ke tingkap mereka yang lebih susah.
Kadang-kadang, bila kita terlampau senang dengan apa yang kita peroleh, kita lupa untuk berkata syukur, sebaliknya merungut dan merungut.
Bila aku tengok orang yang tua, yang uzur, terbaring seorang diri di wad, tanpa ada sedara datang melawat, apatah lagi menjaga, aku jadi rasa syukur, sekurang-kurangnya aku masih ada saudara mara. Si tua yang terbaring kadang-kadang sengaja rahsiakan sakit mereka agar tidak susahkan anak-anak. Kata mereka, anak-anak mereka jua bukan orang senang, biarlah mereka sakit seorang, agar anak senang semua. Aku berdoa agar aku tidak lupa untuk menabur jasa pada yang tua.
Bila aku tengok ada yang muda, tapi sudah sakit seperti yang tua, aku jadi syukur, sekurang-kurangnya aku masih lagi sihat. Umur mereka masih muda, tapi immune cell sudah mula menggigit cell sendiri. Tiada sebab yang manusia boleh fikir. Itu semua percaturan Allah yang maha kuasa. Bila ditanya, aku juga hanya mampu kata semua ini takdir. Tiada sebab atau risk factors. Semua dari Allah, hanya Allah yang tahu kenapa dan mengapa. Aku berdoa agar aku bukan calon ujian hebat begitu.
Bila aku dengar aduan (mereka tidak merungut), bahawa susah untuk mereka datang follow up sebab kena keluar ke jalan besar menahan teksi walau mereka sakit teruk, sesak nafas hingga biru lebam, apa lagi terpaksa meniggalkan punca rezeki untuk mencari rawatan, aku jadi bersyukur sekurang-kurang nya aku ada kemudahan. Tapi mereka tidak merungut, malahan berpesan supaya jangan menyusahkan pihak doktor, mereka mampu untuk gagahkan diri ke hospital. Walhal aku tahu mereka payah, sukar. Aku minta agar aku mampu pinjam kekuatan mereka.
Dan aku bersyukur sekurang-kurang nya Allah bagi aku peluang untuk lihat susah orang, supaya aku lebih belajar untuk rasa bersyukur dengan 'susah' yang aku rasa susah.
Aku mula cinta dengan kerja Doktor ;)
Sunday, October 23, 2011
ILY Medical Posting ♥
Assalamualaikum ;)
Today is my day one leaving the Medical Ward. Macam macam perasaan ada, nak enjoy sebab dah tak perlu busy sangat, tapi yang lebih dan banyaknya adalah rasa rindu dan rindu dan mula menghargai keseronokan di Medical Ward. Begitulah lumrah manusia. Sudah terhantuk baru tergadah. Haha salah peribahasa.
It was 6 weeks I've been attached to Medical ward. It's tiring, yet interesting. For me la, sebab I suka Medical. Tapi, unluckily, I only just get to catch the tract on the last half of the posting. Eh tak lah, week 5 baru sedar yang aku ni medical student yang duduk di wad medical. So the previous 4 minggu tu macam membazir la kan? Memang! Sangat! Cuba korang bayang kan, benda yang korang suka, like GCB, yang hanya boleh dinikmati setahun sekali je, tapi bila korang baru je makan sekali, dah fallin love, nak lagi, dah habis. Tak ke rasa diri ini seperti melukut di tepi gantang? Sebab itu lah, I terpanggil today untuk cakap siket pasal Medical, mana tahu korang boleh berdansa to the fullest with medical nanti kan? Takde lah menyesal seperti saya.
Untuk sape-sape yang tak tahu, medical adalah discipline yang luas. Tak reti lah jugak nak describe, tapi kalau selain beranak, patah tulang, psychiatric, bedah-bedah, tu sume medical la. Yang deal dengan electrolyte dan benda-benda kecil dalam tubuh yang tak terlihat oleh mata. Itulah medical. Seronok kan? Ok tak? Fine, aku memang tak pandai convincing.
Okay berikut adalah my pengalaman yang I rasa nak kongsi untuk kebaikan bersama :
For the beginners yang baru nak mula, eloklah basahkan minda you all dengan Davidson/ Macloid/ Kumar&Clark. Pilihlah mana satu, yang pasti semua 3 inci dan ke atas. Bukan basahkan je, tapi sila hafal dengan jayanya. My supervisor said Kumar&Clark tak elok sangat. Tsk mana nak campak buku ratus ringgit ni.
In clinical years, doctors dah expect kita macam HO, means pagi-pagi sila lah tengok progression patient dah okay ke tak ke, vital signs dah okay ke (sila cek setiap pagi, jangan bohong tiru result semalam, kang dapat hadiah tendang ke KB Mall), result darah macam mana, apa plan korang lepas ni, nak rawat guna apa lepas ni (bukan main logic, dalam kepala kena ada ilmu lah maksudnya), dah boleh ke nak discharge. Medical bukan macam ward lain, yang kita boleh pergi ikut ward round sahaja, tapi kena involve. Nanti doctors tanya, hari ni Creatinine patient ni dah berapa. Kalau rasa bergaya, boleh lah cuba untuk jawab "tak pasti, saya tak tengok result, saya baru ambik history pagi ni." Kalau nak rasa macam mana atrial fibrillation tu macam mana, boleh lah beri jawapan sedemikian rupa ;p
Doctors pulak, macam-macam, ada yang baik, ada yang tegas. Biasanya doctors takkan suruh kita present, diorang pun banyak kerja kot nak tukulkan pahat seperti kita. Kita lah kena mintak nak present. Tapi sebenarnya memang itu lah harapan diorang, nak kita present, even muka diorang cool macam tak layan kita pun. Tolong lah cuba untuk present, banyak faedahnya, walaupun I menikus kalau tak tanya I tak present jugak kalau doctor garang ;p Tapi ada seorang Registra yang sangaatt baik tanya setiap katil ni patient siapa, suruh present, dia tegur dan baiki kalau salah :') Terharu bukan dengan doctor baik sebegini.
Kalau dulu I mesti macam rasa betol ke doctor ni suruh aku cari case Nephrotic syndrome, or suruh pergi dengar murmur banyak-banyak, or pergi clerk patient chronic liver disease. Mesti nak jerit, MANA ADAAAA case macam niiii! Tapi sebenrnya, banyaaaakkk sangat. Itu lah, orang tua cakap, jangan melawan. Kalau murmur tu, boleh dikatakan hampir setiap patient, mesti ada murmur. Datang dengan anaemia pun, nak jugak ada murmur.
Kesimpulannya, I rasa Medical memang best. Haha nak jugak cakap best sampai ke sudah. Nak buat macam mana, I suka. Hiks. Even Medical ward busy siket, tapi at least kita boleh involve dan buat kebanyakan procedure dan management dia. Dan boleh cek macam dokter-dokter buat. Tu yang best sebenarnya. Hiks. Boleh belajar banyak benda la. Kan kalau surgery, boleh observe je.
Learning is Fun peeps!
Again, Medical is discipline yang deal dengan kebanyakan orang sebab case dia memang commonly seen dalam masyarakat. Justeru belajar bersungguh-sungguh adalah perlu untuk kita tolong kaum kerabat, taulan, dan masyarakat, mana tahu mereka perlukan kita suatu hari nanti.
Okay sekarang I posting psychiatric. Mari belajar agar tidak sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya sebab tidak bersungguh-sungguh. Errr ye ke akan rindu psychi seperti rindu medical lepas ni? ;p
Thursday, September 29, 2011
Alhamdulillah ;)
Hari ni genaplah 3 minggu saya posting di Medical Ward. Medical Ward adalah ward yang mempunyai wide coverage of penyakit seperti sakit jantung, paru-paru, sakit buah pinggang, penyakit-penyakit berjangkit; tak kesah lah as simple as dengue, kepada hepatitis, kepada HIV. Pendek kata Medical Doctors deal dengan metabolic changes dalam badan. Cell darah, changes dalam urine, ions changes dalam jantung. Kau nampak je dia kecik, eh bukan, tak nampak dengan mata kasar pun ion-ion itu, tapi nak tackle mereka tu payah. Ilmu perlu lah merangkumi perihal jantung, paru-paru, buah pinggang, etc. Skill juga haruslah bukan limited kepada satu sistem saja seperti periksa bahagian dada, kena tahu banyak sistem. Boleh je tiba-tiba Doctors nak buat surprise, ha kamu, cek saraf pakcik ni sekarang. Kalau hati tak kuat nyah, mahu kena tandang keluar tingkap.
Tapi banyak yang saya bersyukur dengan apa saya ada sekarang. I know, lately I banyak mengeluh, but then I realized it ain't grow better at all. The thing I should do is innovates it positively, sebab mengeluh will give you nothing, lagi Allah tarik rezeki ada lah.
I pernah ada experiences round ward dengan doctor garang, setakat jerit sampai 1 ward pandang, or halau us setiap hari bekerja (haha macam official government procedure pulak setiap hari bekerja), lama-lama I pun tak tau kenapa, I dah jadi immune, like marah pun takpe lah, redah je. In another end, I bersyukur and thank her, sebab build me jadi lagi kuat, dah tak cengeng, marah siket, dah muncung, dah give up. It may be temporary or I je perasan I ni berani, tapi kelas dengan Dato', I tak shiver or palpitate like having thyrotoxicosis pun, seriously. Bukan sebab I berlagak tanak hormat Dato', tapi I was like whatever happen pun, memang kena harungi jugak kan. Doctors are cikgu anyway, they are doing for our good. So why not we terima je. Bukannya mati pun kena marah. At least I dah tak cepat down with pressure. Alhamdulillah ;)
And and and. Paling best, I dapat supervisor yang sangaaatt baik. Alhamdulillah lagi. Tadi I ada mid posting exam dengan beliau. Main-main, exam kalah time sekolah-sekolah, sebulan sekali. Tahun 4 in Medical School exam 3minggu sekali. Ini bukan seperti kuiz ke test ke ape ke, tapi peperiksaan, yang mesti lulus. Mesti. Sebab kalau fail more than 2 posting, kena repeat year. Nauzubillah. Jauhkan ujian tu dari ku ya Allah. Tapi Alhamdulillah, beliau sangat baik. Baik tu bukan baik biasa-biasa, tapi exam slot terus jadi teaching slot, siap after my presentation, siap beliau buat summary. Beliau, bukan saya. Ulang lagi, beliau. Saya hanya taip summary yang beliau buat.
Thursday, September 15, 2011
Selamat Datang Dunia Klinikal.
Tuesday, September 13, 2011
Kasut Kitty Comel.
There is somebody who is always care for me termasuklah tolong fikir me dah masuk clinical year, justeru harus bergegas ke warehouse sale and try to find something which comfort for my feet, tapi tak beli pun untuk diri sendiri sebab sibuk nak beli for me.
Thursday, September 8, 2011
Raya Festive Is Really A Festive.
One thing that I won't never forget to thank Allah is to have a wonderful family. A big haappyyy family. They are like a home to me, which a place that I could forever return when I have no other place to go. And the most joyful moment to be shared together is Hari Raya.
Hari Raya adalah hari yang mesti saya tunggu-tunggu sebab semuuua orang akan balik dan berkumpul di bawah satu bumbung.
#1 kalau orang lain raya dengan keluarga di rumah masing-masing, then pagi raya baru segerombolan berangkat ke rumah atuk nenek untuk pay a visit, saya pula akan gembira 2 3 hari sebelum hari raya lagi, menunggu kepulangan semua, untuk berbuka puasa sama-sama beratur panjang-panjang dari dapur ke depan, dan beraya bersama-sama.
#2 Kalau orang lain hanya guna caterer, kami pula akan bergotong-royong memanjat pokok kelapa, koyok buah kelapa, mesin kelapa. Ibu-ibu pula ke pasar bersama-sama, pakat-pakat beli itu dan ini untuk juadah. Anak-anak? Hanya sebok berbalah nak makan apa untuk raya. Nasib baik Mak Besar (Mak sedara sulung) itu caterer. Maka cakap je, dia memang generously dan penuh confident jadikannya kenyataan. Saya, hanya koyok bawang dan potong-potong atau mayang-mayang, sebab nenek saya takkan bagi orang yang green ni buat benda yang core. Kena taraf-taraf caterer atau yang dah 30, 40 tahun berkecimpung dalam masak-memasak ni je boleh sentuh. Setakat makcik yang umur awal 40-an, pun kira green lagi, boleh kacau-kacau je.
*Eh tapi kalau nak buat dengan penuh kesenian, like hiris halus-halus, nenek saya bagi saya buat. Wah, saya berseni rupanya :')*
#3 Remaja-remaja lelaki dan anak-anak kecil, biasanya sebok di halaman, pasang mercun itu dan ini, dah macam hari merdeka. Lupa mandi, lupa segala, hingga ketua warden kena turun bercekak pinggang, berulah berterabur lari jumpa pintu rumah semuanya ;p Mereka juga pelanggan tetap 7 Eleven depan rumah, 2 3 pagi maseh ke sana sehingga apabila saya pergi, orang kedai tanya "adik ke ni? Selalu datang" wuwuw
#4 Hari raya mesti ada photoshoot, lelaki jadi photographer je. Kami yang perempuan berbagai aksi. Boleh pulak pulang ke kampung sepupu tanpa segan silu. Nasib baik diorang begitu baik hati, memang mengalu-alukan :')
#5 Aktiviti di sepanjang sambutan raya mestilah penuh dengan thrill like main explorace. Habis serbuk kopi, halia, sirap, garam nenek saya jadi mangsa. tu belum cerita periuk dia hitam, rumah dia berpasir berlari atas rumah mencari clues lagi. Haha. Kalau nak lagi ganas, main paintball, letak air kaler-kaler dalam plastik. Lepas tu kena marah sebab plastik air merata-rata ;p Tidak lupa permainan tradisional seperti main coh, atau bola kaki tiga. Biasanya aktiviti sebegini, kami begitu sexist, mesti lelaki vs perempuan. Yang tua (30 tahun ke atas) jadi tukang sorak a.k.a pemain simpanan. Agak-agak dah nak kalah, diorang pulak semangat mintak pass bola, baling ke pasukan lawan. Oh ya, sambil berkain sarung. Haha. Malam kemuncak, adalah aktiviti perkhemahan. Dalam khemah tu, mesti ada toto, comforter, kipas, bantal, teddy bear. Haha -_-" tak? Lelaki lebih senang terdampar di luar khemah, sambil lawan Half-Life sampai pagi. Kira sentri la ;p
#6 Paling tak best, part basuh pinggan. Setiap hari, biasanya ada orang akan sponsor for makanan. So semua orang akan makan satu rumah la. Pastu pinggan.......malas cerita lah! ;p
Part best ke, tak best ke, bagi saya, semua meaningful. And I really hope semua ni lasting for forever. Sampai masing-masing ada anak, cucu, jangan lupa masing-masing. Apa yang salah silap siket-siket, harap ambil yang jernih je.
And...
Ishoul d proudly said..
Wednesday, September 7, 2011
Monolog dalaman Dinda.
Panas demam kanda mungkin membahang.
Sampai Kanda boleh pergi sebegini jauh.
Tapi kiranya kanda seperti serius,
Kalau tidak, masakan sampai pada telinga ibu Kanda.
Kanda kata Kanda sakit mungkin sebab nazar Kanda yang tertunggak.
Maka Kanda segerakan.
Ibu Kanda mudah sekali berkata ya.
Dinda pula naik shock.
Siap bertanya tarikh mahu berhadap.
Siap bertanya mahu sekadar sunting atau ikat terus ke rusuk Kanda.
*nasib baik ibu Kanda cadang bukan masa terdekat ni*
Besar taruhan ibu Kanda pada Dinda.
Sedang Dinda kalau diibaratkan,
Masak nasi, beras antah.
Masak air, payau telaga.
Pakai baju, camping merata.
Jahit koyak, rabiknya masih ada.
Dinda masih belum Puspa Sari, Kanda
Boleh mencari kacang dalam beras,
boleh memilih biji lada dalam serbuk cili.
Tapi kiranya itu dipersetujui, Dinda terima. .^^.
Kerana sampai ufuk terbit di barat juga Dinda belum rasa Dinda sedia.
Kerana taruhannya bukan sedikit.
Pasak agama mahu teguh.
Asahan ilmu dunia mahu tajam.
Emosi kena kuat.
Jasmani kena hebat.
Tapi Dinda boleh belajar perlahan-lahan kan dalam masa pelayaran kita?
Kanda boleh terima kalau Dinda serba kurang kan?
Tapi Kanda kena beritahu sendiri keluarga Dinda.
Kerana Dinda masih kecil,
Dinda belum pandai bercakap hal begini. :')
p/s: Siapa baca sila abaikan ;p
Monday, September 5, 2011
Gelojak Perasaan.
Saturday, September 3, 2011
Diari Ramadhan III
Batasan ibadah itu hanya kita yang cipta. Kita sendiri yang melihat ibadah itu mesti di tikar sejadah, mesti menadah rehal. Siapa-siapa yang tidak begitu, kita musuhi, kita tengok dengan ekor mata, jijiknya orang tu untuk kita jadikan sahabat. Maka tidak mustahil untuk orang kita lagi senang ke kelas tusyen mubaligh agama lain, sebab mereka tiada diskriminasi, usahkan nak pandang orang yang serba jahil dengan ekor mata, orang yang agama lain pun mereka bantu.
Tapi jangan lupa, kalau kita belum setel dengan manusia di bumi, hanya setel dengan Allah, Allah pun belum tentu nak pandang kita penuh mata.
Maka mari di bulan yang mulia, kita mengeratkan silaturrahim, kerana ia juga ibadah. Jangan hanya asyek menjadi 'Abid yang tunduk bangun tunduk bangun, tapi tidak 'Aqil, untuk buka mata hati, lihat ibadah itu luas.
Thursday, August 18, 2011
Kami The Movie.
“Saudari, kumpulan 9?”
“Hai, saya Hidayah. Panggil je Ida”
“Saya Syafiqah. Selamat berkenalan.” Senyum.
“Assalamualaikum, saya Aizuddin Ismail, dari Falahiah”
‘Incoming call. Aizuddin’.
Tuesday, August 16, 2011
Diari Ramadhan edisi Solat Teraweh.
Dentist : Makcik, kalau kita rapatkan gigi makcik ni, lagi cantik.
Makcik : Eh, ni dah rapat, gusi makcik kan dah rapat, so kiranya gigi makcik pun dah rapat la.
Kalau korang la dentist tu,mesti macam terkebil-kebil kan?