Thursday, September 8, 2011

Raya Festive Is Really A Festive.

Salam ;)


One thing that I won't never forget to thank Allah is to have a wonderful family. A big haappyyy family. They are like a home to me, which a place that I could forever return when I have no other place to go. And the most joyful moment to be shared together is Hari Raya. 


Hari Raya adalah hari yang mesti saya tunggu-tunggu sebab semuuua orang akan balik dan berkumpul di bawah satu bumbung. 


#1 kalau orang lain raya dengan keluarga di rumah masing-masing, then pagi raya baru segerombolan berangkat ke rumah atuk nenek untuk pay a visit, saya pula akan gembira 2 3 hari sebelum hari raya lagi, menunggu kepulangan semua, untuk berbuka puasa sama-sama beratur panjang-panjang dari dapur ke depan, dan beraya bersama-sama. 


#2 Kalau orang lain hanya guna caterer, kami pula akan bergotong-royong memanjat pokok kelapa, koyok buah kelapa, mesin kelapa. Ibu-ibu pula ke pasar bersama-sama, pakat-pakat beli itu dan ini untuk juadah. Anak-anak? Hanya sebok berbalah nak makan apa untuk raya. Nasib baik Mak Besar (Mak sedara sulung) itu caterer. Maka cakap je, dia memang generously dan penuh confident jadikannya kenyataan. Saya, hanya koyok bawang dan potong-potong atau mayang-mayang, sebab nenek saya takkan bagi orang yang green ni buat benda yang core. Kena taraf-taraf caterer atau yang dah 30, 40 tahun berkecimpung dalam masak-memasak ni je boleh sentuh. Setakat makcik yang umur awal 40-an, pun kira green lagi, boleh kacau-kacau je. 
*Eh tapi kalau nak buat dengan penuh kesenian, like hiris halus-halus, nenek saya bagi saya buat. Wah, saya berseni rupanya :')* 


#3 Remaja-remaja lelaki dan anak-anak kecil, biasanya sebok di halaman, pasang mercun itu dan ini, dah macam hari merdeka. Lupa mandi, lupa segala, hingga ketua warden kena turun bercekak pinggang, berulah berterabur lari jumpa pintu rumah semuanya ;p Mereka juga pelanggan tetap 7 Eleven depan rumah, 2 3 pagi maseh ke sana sehingga apabila saya pergi, orang kedai tanya "adik ke ni? Selalu datang" wuwuw 


#4 Hari raya mesti ada photoshoot,  lelaki jadi photographer je. Kami yang perempuan berbagai aksi. Boleh pulak pulang ke kampung sepupu tanpa segan silu. Nasib baik diorang begitu baik hati, memang mengalu-alukan :') 


#5 Aktiviti di sepanjang sambutan raya mestilah penuh dengan thrill like main explorace. Habis serbuk kopi, halia, sirap, garam nenek saya jadi mangsa. tu belum cerita periuk dia hitam, rumah dia berpasir berlari atas rumah mencari clues lagi. Haha. Kalau nak lagi ganas, main paintball, letak air kaler-kaler dalam plastik. Lepas tu kena marah sebab plastik air merata-rata ;p Tidak lupa permainan tradisional seperti main coh, atau bola kaki tiga. Biasanya aktiviti sebegini, kami begitu sexist, mesti lelaki vs perempuan. Yang tua (30 tahun ke atas) jadi tukang sorak a.k.a pemain simpanan. Agak-agak dah nak kalah, diorang pulak semangat mintak pass bola, baling ke pasukan lawan. Oh ya, sambil berkain sarung. Haha. Malam kemuncak, adalah aktiviti perkhemahan. Dalam khemah tu, mesti ada toto, comforter, kipas, bantal, teddy bear. Haha -_-" tak? Lelaki lebih senang terdampar di luar khemah, sambil lawan Half-Life sampai pagi. Kira sentri la ;p 


#6 Paling tak best, part basuh pinggan. Setiap hari, biasanya ada orang akan sponsor for makanan. So semua orang akan makan satu rumah la. Pastu pinggan.......malas cerita lah! ;p 


Part best ke, tak best ke, bagi saya, semua meaningful. And I really hope semua ni lasting for forever. Sampai masing-masing ada anak, cucu, jangan lupa masing-masing. Apa yang salah silap siket-siket, harap ambil yang jernih je. 


And... 
Ishoul d proudly said.. 


  
.I LOVE YOU.                                 

No comments: