Friday, June 17, 2011

Act to who we are.

Rasa macam best je kan bila kita tengok hidup orang dulu-dulu. Bebas dari benda-benda yang tak senonoh. Haha macam busuk je aku cakap berkobar-kobar ni. Tapi betol, orang dulu-dulu tak payah face up benda yang boleh buat diorang tak tidur malam.

Kalau nak cerita pasal benda yang buat orang tua tak boleh tidur malam, korang tak payah nak open table pasal dadah or shabu or lumba haram persis seorang menteri pertahanan, tapi cukup kalau korang tengok bahasa seharian yang kita guna. Eh bukan kita, tapi budak-budak sekarang. “Hi girwl, kitew lupewr lew nak amex kueyy gelembunk buayew atas mejew tu. Kitew tetitow tadi”. Nak cakap kueh gelembung buaya je pun, bukan nak cakap pasal hamburger ke, nak sampai slang-slang bagai macam tu. Cuk cuk cuk. Akak kan dik, rasa macam nak uli adik je buat kueh gelembung buaya dengar adik cakap macam tu. Sebab akak tak faham! Bukan lagi jimat masa dan abjad ke tulis macam biasa biasa je. Cool pun cool. Pastu akak rasa kalau adik cakap macam tu, adik sengaja je cari nahas dengan buaya sebab eja nama dia salah. Cuba la kita proud dengan ejaan kita sendiri, tak payah nak rasa cute tiru orang cakap slang-slang macam tu. Kalau bahasa yang siket tu pun kita dah tunggang langgang, tayah nak story la jati diri kita pasal benda lain.

Kalau cakap pasal kampung halaman, mana ada budak-budak dewasa ini betah nak duduk kampung. Duduk dengan orang tua, banyak pantang larang, banyak yang tak boleh dari boleh. Kalau dengar cerita orang dulu-dulu, duduk kampung, macam best je, kalau nak kenduri semua turun padang gotong-royong, takde nak berkira-berkira, sanding boleh aci kau je berkenan rumah sape, cop aku nak nikah sini. Boleh. Cuba kau buat sekarang kalau berani. Memang nyah kau dari kampung la. Haha. Dulu-dulu, nak berkumpul sanak saudara tak payah nak tunggu kematian. Hari tu ada jiran meninggal. Bila kat kampung, jiran tu semua sedara. Maka terharu pulak tengok ramai sanak-saudara pulangke kampung, tapi bila semua dah pergi, sunyi la balik. Pakcik I cerita, dulu semangat kekampungan tak nak kalah. Kalah semangat final piala FA yang Kelantan kalah hari tu. Wuwuwuw tengok la nanti saya sponsor kasut RM2400 sepasang seorang, pastu nak pertunjukan paying terjun? I sendiri yang terjun, bukan setakat keliling stadium, keliling refree sampai berpinar mata pun boleh. Semangat kau! Haha. Pakcik I cerita, dulu kan rumah semua bersederhana di hari raya je, maka halaman pun besar siap boleh buat temasya olahraga tahunan kau. Amek. Ni bukn sekolah punya, ni arrange sendiri nak lawan kampung sebelah. Siap ada banner, decoration padang, tiap petang ada latihan.  Bila geng ramai, semangat tu pagi pagi sebelum subuh aku ketuk pintu rumah kau, kau ketuk tingkap rumah aku, nak ajak pergi jogging. Ye, tak silap, sebelum subuh. Gila lah! Macam-macam ada acara, lawan perang, boleh pulak semangat kau polish senapang kayu aku, aku cari peluru kau, semata-mata nak naikkan nama kampung. Yela, persiapan mesti kena gempak, semangat pun kena tinggi, nak kasi tutup mulut kampung sebelah. Cuba sekarang, masing-masing nak nafsi-nafsi je, eww i takut hitam, habis sape nak warisi permainan hide and seek pukul 2 petang dari aku? Haha gila main nyorok-nyorok pukul 2 petang, keliling kampung tuuu. Yela, time tu tak tau lagi tentang The hazardous dehydration. -_-” Tapi tu la, sekarang, semua jaga kain sendiri je, semua nak berkira je, semua nak selfish je. Risau jugak mak, buatnya tukang jahit pun nak jaga kain sendir je jugak, tanak jaga kain orang, mana mak nak gagau jahit baju. *peribahasa apa ni mak?*

Bila kurang gadget yang canggih macam zaman dulu ni pun best jugak kadang-kadang. Sebab bila takde camera contohnya, sekampung, sorang je ada, bila nak amek gambar tu, sekampung berkumpul. Tak kesah la nak pose asyek nak tongkat kaki sebelah atas batu, tangan tongkat dagu, senyum pun senget sebelah sebab nak style, tapi the making of A picture tu yang precious. Perlu pinjam baju orang, perlu pinjam camera, bukan tu builds the unity ke? Pastu malam-malam, pergi berkumpul tengok TV rumah yang berada siket, makan pun ramai-ramai, ada yang mengigau jalan dalam tidur, ada yang kencing atas tilam. At least orang dulu ada la benda nak cerita dekat anak cucu, kita, nak cerita apa? Cheat game red alert?

At least orang dulu,  betol-betol ada rasa we’re Muslim, and all the believers are brotherhood. We love and we truly care about others. Ada rasa we’re Malay, so we don’t act like westerners. Kita sekarang pun memang cakap, tapi sekadar cakap ;)

2 comments:

a'in_farahin said...

kepoh gle kau mak ngah..haha aku pon dok kg..tp suasana xdela smpai mcm tu..n x dinafikan dok kg memg sgt sgt sgt best!! ^^,

syafiqah adnan said...

haha kepoh tapi berpengajaran takpe.jgn kepoh tak tau kenape ;)