Monday, July 25, 2011

Kisah Naik Moto.

Salam ;)


Kalau dulu-dulu, pergi sekolah, mesti Atuk hantar. Dari sekolah tadika, sampai lah tingkatan 5. Sementelah I ni pulak cucu manja. Mana nak cari kalau pergi tadika, pergi je atuk pakaikan stokin dan kasut, tolong bawakkan beg, bila sampai je, kasut atuk bukak kan, tolong susun atas rak. Balik pun sama, tak pernah keluar kelas tu, atuk belum sampai. Mesti dah ada, dengan kasut di tangan, pakaikan kasut, bawakkan beg, dan berpimpin tangan ke motor. Kalau penat sikit, atuk dukung ke motor :') *Habes mana mampu nak bertahan lama di sekolah berasrama ;p*


 Begini, tapi bukan lah bersekolah di bay beach begini ;p

Sekolah rendah takde dah macam tu, bukan sebab tak manja dah, manja jugak kalau tudung tak menjadi, atau takde bekal frozen teh o, nanges taknak pergi sekolah ;D, tapi sebab sekolah sebelah rumah je. Maka jalan kaki je la. Tapi pergi mengaji di masjid after balik sekolah, haruslah atuk ambik. Eh bukan, haruslah atuk tunggu sambil-sambil solat zohor, pastu mesti lah turn mengaji tu no. 1, kalau tak mesti nak nanges. Oleh itu, atuk harus ke masjid seawal 12.30 tengah hari untuk cop kan tempat ;p *cengeng!* 
Sekolah menengah pulak baru atuk hantar naik moto, balik dengan bus la, dah besar kaaaaann. ;) 

*****************************

Okay now let's move to cerita sebenar ;) *Heh panjang intro*
Sebab dah pandai naik bus, so I met a friend. Dia kata nama dia adalah nama. Oh misteri sungguh kawan yang satu ini. Tapi betol lah, nama dia Asma' Salleh, maksud dia nama la kan kalau bahasa arab. Sama la bila I introduce diri I, saya lemah lembut lagi penyayang. Syafiqah :') Ha begitu lah lebih kurang. Hew hew.
Seriously I tak tau macam mana kami boleh get along, nak kata classmate, bukan, nak kata satu persatuan, pun bukan, mungkin sama-sama escape dari Zohor berjemaah, itu saja yang mungkin ;) Tapi seriously I can share anything dengan dia. Sampai sekarang lah rapat, cuma dah kurang share-share cerita sebab masing-masing sebok.  *Teringin nak ada overnight stay kt mana-mana, and gebang sampai pengsan!* 

Kami naik bus bersama-sama, setiap hari mesti senseng kain mengejar bus, sebab bus yang lalu kat situ adalah setengah jam satu, maka meti merebut peluang ibarat pelari pecut olimpik. Sampaikan di suatu ketika, di hari PMR result, konon nak celebrate la, makan mee sup kedai depan sekolah, tup tup bus datang. berlari bergegas, memang takyah cite, rupa-rupanya tak bayar pun mee sup tu -_-"
Pastu bila dah naik tingkatan 4, Asma' bawak moto. Habis nak tinggal saya kat maneeeeeee? Maka marilah kita membonceng bersama-samaaaaa ;)

Bonceng bersama-sama bukan sekadar bonceng. Bonceng sambil bercerita tentang what we did, what we went thru, luahan perasaan, ah ada mamat stalker text nak berkenalan macam gampang, and macam-macam. As for me, sebab the first guy I fall in is my Mr. Shooting Star, so itu je lah yang I story dekat Asma'. Itu je lah maksudnya he is the only, tapi cerita yang I cerita memang tak boleh pakai word 'only'. Macam-macam I cerita, macam mana kenal, how he try to get me *wink*, yang orang cerita tak best, seeeemmmuuuua! A to Z. Tapi kadang-kadang Asma' tak dengar sebab dia bawak moto lajuuuuuu ;D 

Ma', aku rindu nak cerita ngan muuuu.
Click la sini Aku nak ceritaa niiiii :( 


p/s : Satu lagi benda misteri pasal Asma' adalah dia boleh ingat landasan keretapi tu adalah sungai walau sudah berumur 17 tahun dan tiap hari lalu jalan tersebut selama 2 tahun ;p

Sunday, July 24, 2011

No word Day.

Salam peeps ;)

Its just a sharing of some photos. 
As a motivation to me untuk lagi gigih berusaha.
Sebab nak jadikan sebijik gambar ni, tak mudah. 
Seringkali mahu give up dan pergi mengadap Robbin. 

*Robbin merupakan buku Pathology yang setabal dua inci dan dipenuhi tulisan yang sarat bersaiz 12 paling besar pun, serta gambar-gambar slide microscope yang perlu dijegilkan mata untuk melihat dengan jelas. Serta mungkin disusuli dengan yawn dan muka begini -_-" di sepanjang perjalanan dan haruslah merewardkan diri sendiri dengan cheese cake secret recipe setalah selesai. :')*

My first commercial art :') 

For kiddo. Sebab akak tak amek art class, so adek kata nak corak matahari, akak pandai buat Aspergillus fumingatus je. Dah kata budak medic kan :')
Akak dulu baya adek, takde nye nak bermanik labuci bagai macam ni.  wuwuw.

Introducing to you, Aspergillus fumingatus.
Serupa bukan dengan rajah di atas :') 


Wednesday, July 20, 2011

The Orthopaedics.

Salam ;)


Ini minggu ialah minggu Orthopaedic. Orthopaedic atau nama kampungnya adalah pelajaran mengenai tulang-temulang, adalah sangat cool untuk seorang yang macho dan lansung tidak girlish. Hatta mestilah tahu menggergaji, menukul, menskru dan sebagainya persis seorang tukang rumah yang handal. Oh rupa-rupanya atuk saya adalah seorang Orthopaedic Surgeon :')


Maka misi bermula. Most of the cases came with trauma sebab MVA (motor vehicle accident).  Bila dah join Ortho Team, rasa macam eh hati-hati memandu, eh hati-hati melintas jalan, eh hati-hati bila berjalan-jalan melihat awan. Sebab memang kebanyakan daripada penghuni wad memang masuk sebab accident di jalanan. Tapi untuk menjadikan saya insan yang lebih beringat-ingat, Alhamdulillah :')


Suasana di Ortho Ward adalah penuh dengan luka-luka, plaster-plaster, besi-besi seperti arial televisyen, senang cerita benda yang memang menyakitkan dan kita memang takkan nak. Mintak Jauuhhhh. Itu baru suasana fizikal. As usual, I love to learn from the surroundings, like I suka tengok how they behave, how their acceptance dengan apa yang Allah takdirkan, apa yang bukan dalam kasut kita (Nauzubillah), kita belajar. Yelah, bila masuk bab tulang, saraf, sape tak takut, boleh turn your world upside down kot. 


Ada orang yang kaki dah kena amputate sebab MVA, muda lagi, belum kawen pun kot, dah berulang-ulang kali masuk hospital sebab luka lama berdarah kembali, dah bertahun-tahun tak sembuh-sembuh, pulak tu memang tak boleh kerja dah, maseh boleh senyum, maseh boleh tak kesah bila junior doctor salah pasang branula,  buat lagi dan lagi.


Ada makcik yang boleh terima bila doctor cakap dia ada cervical chordoma,  which is a rare tumour, arise from notochord ( terima kasih Farihan and Ainin, tolong bagi schema jawapan punya definition ;p ), masih boleh bertenang, masih boleh cakap terima kasih tolong ambilkan dia tissue, even cakap pun tak clear sebab ada wire dalam pharynx, masih sudi luangkan masa tolong kami carita history dia macam mana dari mula-mula sakit sampai sekarang, walau payah sangat nak keluar satu2 perkataan. 'takpe, kan nak belajar', katanya. Bila doctor datang, appreciate doctor-doctor, 'terima kasih banyak-banyak. Tak terbalas budi doctor semua. Allah je dapat balas', walaupun kami buat sekadar yang mampu, and she should praise herself sebab innerself dia sendiri yang kuat nak fight sakit tu.
Notochord : A similar structure in embryos of higher vertebras, from which the spinal column   develops.


Ada suami patient yang tak kesah bawak isteri dia beratus-ratus kilometer ke HUSM untuk berubat, pulak tu sanggup teman dari pagi ke malam ke pagi, itupun cakap 'pakcik bukan boleh tolong apa, tolong teman buat habiskan beras kat sini ada la' rasa diri tak tolong apa-apa pun, padahal mental support yang dia bagi sepanjang tunggu kat tepi isteri tidur atas kerusi, berjenaka untuk hiburkan isteri, drove her wife hundred miles away to Kelantan tak kira for admission atau an hour appointment, dah lebih dari cukup sebenarnya.


Ada adik yang lagi kuat dari kakak ni, boleh terima sakit dia yang even agak severe, scoliosis. Scoliosis is a term used to bony vertebra yang senget ke kiri atau ke kanan. Dia boleh compress nerves yang ada kat situ, so banyak la manifestation dia like weakness, paraesthesia, and disturbance pada saraf yang mengawal fungsi autonomic macam buang air kecil. Since adik tu masih kecil lagi, so dia memang akan mengganggu sedikit sebanyak pergerakan dia untuk main dengan kawan2, nak bersosial, or even cosmetic effect yang memang boleh supress dia punya self-esteem. Tapi adik tu tak merungut pun, even kena tinggal sekolah, kawan2, tapi senyum je memanjang menyambut doctors and medical students :') Kagum akak, dik.


Ada juga brader-brader yang emotional yang tak boleh terima dia patah tangan kaki. Bukan nak cakap dia tak kuat, tapi dia punya sedeh tu sebab kena tangguh belajar, dia takut dia tak boleh tolong mak dia nanti. Murni sungguh impian dia nak jaga mak dia, sampai dia begitu emotional terpaksa tangguh pelajaran.


"They might not the useful somebody before; merempit. But they may not be the worthless forever. The trials that they faced may change them to a better somebody :')"



Sunday, July 17, 2011

Happy Birthday Mr. Shooting Star.


Salam ;)


It was a 15th July 2011 entry.

I could tell you, 
His favorite colour is grey,
He loves to argue (teasing to be exact), ;)
Born on the fifteen.
His sisters are beautiful,
He has his father's eye,
If you asked me if I'd love him, 
I'd smile ;)

To my Mr. Shooting Star,

For  cheering and fatiguing my zygomaticus major,
For letting my facial artery dilated and blushed,
For suppressing the cephalic phase whenever we were arguing,
For dried up my lacrimal,
For keeping my neurons in non stopped synapse remembering you,
I won't forgive you, but stay by my side for forever.

Happy Birthday ;)
May Allah bless.



Saya Askar Wataniah.

Salam ;)

About months ago, I read a news on my former high school senior wedding announcement. Well, it was not a real announcement for my senior, but for her future husband. Her future husband is a TV personality, so mesti lah liputan meluas. So I was like, macam mana dah rupa kakak ni, lupa lah. Sebab dia macam tak menonjol sangat. Down-to-earth and zuhud. I rasa I pun tak pernah sembang kot dengan dia. Baeeeeekkkk sangat, I pulak T_T wuwuwuw. Tapi I ingat la she has a fair skin, sweet, tapi everything was in grey. So I pergi la tengok kat majalah sekolah, tiba-tiba I nampak gambar ni pulak.

Taraa!

Nampak tak gambar atas tu. Yang on the top yang bawak hadiah besar kalah tuan bawak tu. It was me :’) Oh I miss those good old days. It was on the school camping. Dan hadiah tu untuk ‘Prep-Komanden Terbaik’. Tahun tu entah kenapa cikgu taknak buat separate pulak kategori lelaki dan perempuan. Even I tak harapkan menang pun sebab I baru form 2, pastu tu tahun first I join menda alah ni, tapi since ada pertandingan, mestila I taknak kalah. Gila ape tiba-tiba masuk pertandingan, pastu belagak lemah lembap “saya tak menang pun takpe, amek lah sape nak”. Pastu I was like tak aci la, mesti la lelaki menang kan, suara dia mesti lagi gagah dan anggun. Tapi Alhamdulillah, I was selected. :’)

And bila dah dikatakan gagah lagi anggun, mesti la I nak teruskan usaha murni I ni. Maka tahun lepas I join Askar Wataniah pulak. Wah I senior Lisa Surihani tau. Hew hew.
Syafiqah Surihani join Askar Wataniah. :')


Secara tak sengaja I dapat ni pulak :')
‘Pelajar terbaik Askar Wataniah’

Yang ni serious, I tak berharap lansung.Thanks Doc Peace tolong naik pentas amekkan ;) 
Memperkenalkan Farhana Kamaruzaman, tiga dari kiri, berdiri ber-sleeves biru. Ye, Farhana Kamaruzaman mempunyai nama timang-timangan; Doc Peace ;)
*Ini gambar diambil masa latihan kawad untuk TOT. Oh rindu nya TOT* 


cumil tak dressing kami? hiks angels with pompom hiks ^^.




Dear Farhana, 
Saya nak berterima kasih tidak tehingga kepada awak sebab ambilkan piala hari tu. Thaks ya! Hari tu kalau awak tak hand me the piala, awk nk simpan tanak bagi saya nak balas dendam sebab dahla saya dera awak masa kawad, pastu berperangai buruk blah begitu sahaja pastu awak terpaksa amek piala tu pun saya takpe je. Tapi now I kesah. I sedar ada hikmah I dapat anugerah ni sebab now boleh la I jadi taraf-taraf duta Askar Wataniah, duduk sebaris dengan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Hahahahaha tu je I nak cakap sebenarnya tulis panjang-panjang ni. Haha surprise tak? ;p


Sape join Askar Wataniah, kecomelannya haruslah tahap ini juga ;p

p/s : Al-Fatihah untuk arwah Kak Wani, my senior jugak, yang pergi years ago sebab kemalangan. A very warm, kind, and lovely sister. Semoga kakak aman di sana :’) Tiba-tiba teringat sebab dia selalu cakap I boleh jadi commander bersuara lantang, mesti suara I sedap jugak kalau nyanyi. Wuwuwuw saya TAKKAN nyanyi sebab nyanyi tak sama dengan bagi command. Bagi command haruslah macho. Chaiss!

Sunday, July 10, 2011

The Obstetricians.


Salam ;)


Its Friday! It has been soooo long I don’t wait for the joy of weekend :’) I don’t know about others, but personally I rasa minggu ni memang panjang. Mungkin panjang sebab I duk tunggu2 bila la nak rehat, bila la nak rehat. Oh oh oh I lupa nak cakap, this week is my first week of hospital attachment. Bukan la rajin mana pun like bila orang tau I join this thing, people kept saying eh eh rajin nya kau. Ni bukan pasal rajin ke apa, tapi I can just maximally polish my potential when I am under stress. So sebenarnya I ni pemalas. Orang lain elok2 je boleh study dekat rumah tak payah nak attachment attachment bagai, tapi I tak boleh rajin macam tu. Lepas I bukak buku, buku la baca I. Kalau buku tu boleh cakap, mungkin nak je dia kata eh kau ni bukak aku, nak busukkan aku ke? Bukan bermanafaat pun aku duduk ngan kau T_T kejamnye kau cakap macam tu. Maka I pun menyahut cabaran Cik Buku ngan join attachment, untuk membuktikan aku ni insan berguna :’)

Mula-mula I ingat attachment ni macam lain2 attachment yang macam orang lain cerita. Boleh pergi lewat, ikut je doctors, tanak buat pape pun takpe. Tapi since we are attached to our beloved HUSM, the things get little complicated. They treat us as their students yang menjadi tanggungjawab they all untuk ajar us every single thing, untuk pastikan we all grab and apply everything yang houseman, medical officer perlu buat and perlu tahu. Kalau jawab we are observer, memang nak kena la tu. Every single procedure, memang kena tahu what was that. Tak mudah, tak mudah. Sebab hari ahad we all sebok uruskan hal admin and hostel check in, we joined the ward round starting from Monday. Oh there are 11 of us, 3 boys, 8 girls. And we all dibahagikan pada 4 teams, Prof. Nora’s, Dr. Ramli’s, Prof. Adibah’s, and Prof. Shah. And 1 junior from oversea university, anak Prof. Shah :’) I paired with Nana and Abg Izzat in Prof. Adibah’s ;)

A few of us ;)


So here is some of the moments yang I sempat tangkap dengan kepala I ;)

1.  Since my team’s specialist didn’t around on the first day, , so I joined Prof. Nora’s team. Even we are just the attachment student, still she did ask the basic questions, like what is the adverse effect of Oxytocin. Kak Ina jawab for uterine contraction (main action), luckily she heard fluid retention, the correct answer of course :’) Panic kot tiba-tiba aimed us, dah la dah tinggal lama ilmu2 sebegini, sampai side effect ngan the main action pun tertukar. Nasib baik ada Kak Ina bagi jawapan yang side-effect-like-sound :’)

2.  Nana and I met Dr. Liew, labor room MO. We saw how ARM was done, and smell the amniotic fluid :’) Mula-mula I ingat he just bullied us, tapi I recommended you all to smell it, something sweet in smell. Kena 1st dying shot, kena state the differences between ARM, PPROM, PROM tu terkebil-kebil takyah cite la. Apatah lagi suruh set IV, tersipu-sipu pulak dekat situ. First day kooottt tatau pape lagi. Arah tuju pun terumbang ambing lagi. Pastu pastu we all dapat tengok ECV (external cephalic version). I tengok pun nak tercabut kepala lutut. Apa lagi mommy-to-be tu. Dia memang kuat :’) Tapi I tak mampu lagi tengok labour. Apa nak jadi la kau ni Syafiqah.

3.  The things move smoothly on Tuesday. Kena tanya soalan bertubi2 tu biasa la, like what is the normal range for the blood count in pregnancy lady, sebab we met a patient with Candida, GBS infection.  Now I cuba jugak untuk tengok labour. I memang mungkin terlebih belas sampai I tak boleh tengok people in pain. Bukan masalah mabuk darah, tapi I kesian tengok orang. The tips for myself is I tahan jugak, tengok jugak, and tengok baby, put the enthusiast to the baby yang nak keluar, jangan tengok the mother. Pastu cari tempat yang ada kerusi siap-siap. Hehe. And of course, sehari suntuk kot I doa biar Allah kasi the strength. So tak boleh lansung nak riak kasi-kasi tips, sebab I yakin 100% Allah sebenarnya yang tolong. Bila baby dah keluar, oh I pulak happy, and bila ayah baby azankan, I pulak touching, nak berair-berair mata :’)


4.  Okay we all baru get the knock on Wednesday. We all kena tegur sebab specialist datang, she nampak we all duduk kat sofa. Tanya indication for LSCS pun tak bagi convincing answer. To be frank, we all tak tau pun boleh ikut HO and MO pergi clerk patient pagi-pagi. Nampak they all sebok prepare, takut ganggu. We all dah prepare, cover the cases a night before, and datang seawal 7.30am. Tapi we all tak cakap yang we all dah prepare, takut kena soal. Teehee. I don’t think she scolded us for no reason, even she was like conveying her frustration toward us, but to make us move forward, kinda motivation to us. Mana tak motivation nya kalau terus pergi cari buku macam-macam author, pulun study group terus, clerk almost all patient dalam ward tu, even bukan team kitorang pun ;)


Ahli politik haruslah di depan ;p



5.  On Thursday, pagi-pagi lagi kitorang dah pergi ikut HO and MO clerk patients. Tanya soalan bertubi-tubi sampai lambat join ward round. Tapi Doctor tak kesah sebab kitorang bukan berehat-berehat macam tuan besar macam semalam. Hehe. Pastu kitorang ada teaching dengan The Sweet Dr. Ramli. He thought us from A to Z. Siap ada mind map, scheme answers bila examiner tanya gini, give these. He even corrects our skill of palpation, basic kan, tapi he is sooo kind and patient untuk ajar us :’) And malam tu we see the cerclarge removal. I thought the spelling was ciklagre, sebab nurse eja macam tu dekat patient’s folder. Cari dekat internet, keluar “doa sebelum tidur” -_-” haha.


6.  Jumaat pagi pergi hospital, wuwuwuw takde doctor pun. Ekoran malu dengan diri sendiri sebab terlebih semangat, kami perlu dapatkan sesuatu jugak, untuk mengelakkan malu. So kami buat2 pesongkan tujuan ke hospital di pagi hari sebab nak ambik gambar di carpark :D

p/s : Kita penyiasat. Tapi kita takde pistol. ~Dr. Ramli~
*Comel gila quote ni!*
  ( smbungannya : Kita guna suara. Maka tak boleh jadi doctor kalau takde suara )