Thursday, September 29, 2011

Alhamdulillah ;)

Salam ;) 


Hari ni genaplah 3 minggu saya posting di Medical Ward. Medical Ward adalah ward yang mempunyai wide coverage of penyakit seperti sakit jantung, paru-paru, sakit buah pinggang, penyakit-penyakit berjangkit; tak kesah lah as simple as dengue, kepada hepatitis, kepada HIV. Pendek kata Medical Doctors deal dengan metabolic changes dalam badan. Cell darah, changes dalam urine, ions changes dalam jantung. Kau nampak je dia kecik, eh bukan, tak nampak dengan mata kasar pun ion-ion itu, tapi nak tackle mereka tu payah. Ilmu perlu lah merangkumi perihal jantung, paru-paru, buah pinggang, etc. Skill juga haruslah bukan limited kepada satu sistem saja seperti periksa bahagian dada, kena tahu banyak sistem. Boleh je tiba-tiba Doctors nak buat surprise, ha kamu, cek saraf pakcik ni sekarang. Kalau hati tak kuat nyah, mahu kena tandang keluar tingkap. 


Tapi banyak yang saya bersyukur dengan apa saya ada sekarang. I know, lately I banyak mengeluh, but then I realized it ain't grow better at all. The thing I should do is innovates it positively, sebab mengeluh will give you nothing, lagi Allah tarik rezeki ada lah.


I pernah ada experiences round ward dengan doctor garang, setakat jerit sampai 1 ward pandang, or halau us setiap hari bekerja (haha macam official government procedure pulak setiap hari bekerja), lama-lama I pun tak tau kenapa, I dah jadi immune, like marah pun takpe lah, redah je. In another end, I bersyukur and thank her, sebab build me jadi lagi kuat, dah tak cengeng, marah siket, dah muncung, dah give up. It may be temporary or I je perasan I ni berani, tapi kelas dengan Dato', I tak shiver or palpitate like having thyrotoxicosis pun, seriously. Bukan sebab I berlagak tanak hormat Dato', tapi I was like whatever happen pun, memang kena harungi jugak kan. Doctors are cikgu anyway, they are doing for our good. So why not we terima je. Bukannya mati pun kena marah. At least I dah tak cepat down with pressure. Alhamdulillah ;) 


And and and. Paling best, I dapat supervisor yang sangaaatt baik. Alhamdulillah lagi. Tadi I ada mid posting exam dengan beliau. Main-main, exam kalah time sekolah-sekolah, sebulan sekali. Tahun 4 in Medical School exam 3minggu sekali. Ini bukan seperti kuiz ke test ke ape ke, tapi peperiksaan, yang mesti lulus. Mesti. Sebab kalau fail more than 2 posting, kena repeat year. Nauzubillah. Jauhkan ujian tu dari ku ya Allah. Tapi Alhamdulillah, beliau sangat baik. Baik tu bukan baik biasa-biasa, tapi exam slot terus jadi teaching slot, siap after my presentation, siap beliau buat summary. Beliau, bukan saya. Ulang lagi, beliau. Saya hanya taip summary yang beliau buat. 



My slides is plain white with No background. Ni Prof. la ni yang suruh tukar kaler biru. Tukar on the spot just before I start. Then, lastly, summary ni, he guide one by one like "okay, buat table. Pergi home, ha pilih table tu. Eh insert la 'new slide' dulu. Okay pilih 7x7 table. Okay atas tu tulis condition, next, tulis apex beat, next bla bla bla. Okay we go to the 1st condition; Mitral Stenosis. You type MS je." Sampai habis. Satu-satu. "Okay, lastly you balik study summary ni je, dah okay dah." wuwuw baik nya, rasa kesian pulak dekat Prof. sebab dapat I sebagai anak. Dahla bagi lulus. Alhamdulillah ;) 

For next session, I janji prof., I akan belajar bersungguh-sungguh, sebelum Prof. buat summary, I dah present dah. Mesti Prof. happy ajaran Prof. I praktikkan, kan Prof.? ;) 

Lastly, thank you Allah, for put me to where I am today ;)

Thursday, September 15, 2011

Selamat Datang Dunia Klinikal.

Salam ;)

Malam sudah, aku on call. On call pertama. On call memang memaksa keringat bergerak lebih. Keringat zahir mahupun minda yang berputar. Sudah kelas dari 8am hingga 5pm, siapa-siapa yang on call harus sambung lagi dari 8pm hingga 12pm. Kelas itu bermaksud ward round, bedside teaching, bukan kelas di dilik dingin, berbau segar, dan bersandar di kerusi empuk. Kalaupun ada 2 jam study leave, juga harus gunakannya to the max mencari procedures yang harus dibuat untuk log book requrements. Seharian berdiri, berjalan, tangan kaki minda bergerak, siapa yang tidak longlai. Sedang aku enak melepas linang pada malam ini, aku masih belum boleh lupa apa yang aku sudah pandang waktu semalam.




Lebih kurang ini lah apa yang aku lihat. A 86 years old wife terbaring dengan mata terpejam di dalam wad, sudah 2 tahun stroke. Bezanya dari gambar ini, si suami, baya-baya isteri itu juga lah, datang melawat dengan kerusi roda, sudah tidak daya melangkah, uzur di lanjut usia. Bezanya lagi si suami tidak menopang dagu di atas katil, sudah bongkok untuk menongkat tubuh, terpisah melalui besi palang katil. Si isteri kurang sedar dengan keadaan sekeliling, ingin mencabut wayar di tangan. Si suami tidak lepas mata dari isteri, tidak lupa mengusap tangan isteri, tidak lepas kata-kata lembut, berpesan supaya jangan banyak bergerak, jangan cabut wayar. Kalau semalam, lewat malam baru si suami pulang, itu pun setelah dipujuk anak-anak, maknanya sudah 2 tahun juga si suami tidak lekang dari terus memberi semangat kepada si isteri.

Macam-macam bukan ragam manusia. Ada yang sudah tua, sudah diuji dengan ujian sakit, ujian lanjut usia, ujian insan kesayangan sedang bertarung nyawa, namun tetap bersyukur dengan kehidupan. Itu ujian Tuhan, selagi terdaya, aku pikul, aku tanggung, aku usaha dengan sebaiknya. Ada pula yang masih muda, baru sahaja menjejak cabaran, belum pun melangkah jauh seperti si tua, belum pun lewat berbagai-bagai dugaan, sedikit cuma, di permukaan cuma, namun sudah merasa lelah, sudah hilang tumpu punca ingin melawan lelah.

Sepatutnya aku lebih bersyukur, diberi kesempatan di dalam profesion ini, boleh lihat kesusahan, boleh buka mata kepada berbagai-bagai kelompok manusia, banyak peluang untuk koreksi diri, lebih jangkauan untuk berbakti. Tidak banyak pun, sedikit pasti boleh!

Maka, segala apa lelah yang aku tanggung, segala payah yang aku gapai, tidak boleh aku bilang, tidak patut aku ungkit, tetapi aku harus tetap bersyukur, kerana semua itu membawa aku ke arah yang lebih baik, insyaAllah. Syukur kerana ada peluang ini.

Segala apa yang Allah bebankan (kata aku), bukanlah sebenarnya bebanan, tetapi hadiah yang PASTI aku boleh tanggung, untuk aku supaya aku jadi Syafiqah yang kuat. Kerana aku bukan Syafiqah yang akan mengalah, tetapi Syafiqah yang mampu kaut cabaran, untuk tukar segala awan jerih jadi kilauan pelangi yang mampu buat setiap di sisi ku tersenyum. 

Terima kasih pakcik dan makcik yang sudah uzur, kerana beri aku yang masih sihat sebuah pengajaran :') Aku doa pakcik dan makcik bahagia sampai syurga.


p/s : jangan jadi orang sabar, kerana orang sabar pasti hatinya sakit menanggung seksa yang dikenang. Tapi jadilah insan bersyukur, kerana syukur itu mengajar kita untuk terima dengan senyum ;)



Tuesday, September 13, 2011

Kasut Kitty Comel.

 Salam ;) 


There is somebody who is always care for me termasuklah tolong fikir me dah masuk clinical year, justeru harus bergegas ke warehouse sale and try to find something which comfort for my feet, tapi tak beli pun untuk diri sendiri sebab sibuk nak beli for me.



Walaupun nama nya warehouse sale yang memang price cut 50% and above and outdated fashion for the products clearance, but still the price is -_-" kan. And kena beratur panjang dari tangga, sila lah masuk sorang-sorang ibarat ke KFC sebelah Pantai Timur Kota Bharu in middle 90's (sebab satu tu je KFC ada kat Kelantan time tu). And thank you somebody for this Comel's Kitty and Anggun's Sandal :')


Ahh Kasut Kitty ini memang begitu comels. Sayang tahu nak pakai sehingga hanya letak her berpayung di bawah payung polkadot. Kalau she is manusia, mahu saja cubit-cubit. :') 

But this somebody is currently being warded due to dengue fever. And please, I could not bear seeing him endured the pain. Dengue fever is when you will suffer from high grade fever for about seminggu even orang tu paling terer pun, platelet dropped and your liver won't function very well. Ini disebabkan nyamuk tu suka makan platelet, pastu suka beranak dalam liver, and interfere with liver function. Dahla menumpang, cakap banyak pulak. 

How can you stay calm when the platelet range of 150-450x10^9/L drop till 36,  and Alanine Transferase which should be tied within 9-40IU/L, shooted up to 767, it just can fail the liver function tahu! Jahat bangat kamu ini nyamuk! 

See, kesian pakcik. kurus daahh :(

So people, please, eliminate the dengue habitats around your house. Take the dengue precaution steps. Kalau kena, dahla demam pun dapat. Horror sangat kay demam dia. Pastu kalau orang kesihatan pergi cek, mau RM500 seekor kalau dia jumpa. lagi mahal dari pokke kay!


Updates : Pakcik dah keluar hospital hari ni. Alhamdulillah :') This is entry lama, tapi malas nak edit letak gambar bagai, so biarkan tersadai. Ahh kenapa dah pandai nak prioritize belajar ni, Syafiqah! ahh tumbesaran changes barangkali. ;p 


  

Thursday, September 8, 2011

Raya Festive Is Really A Festive.

Salam ;)


One thing that I won't never forget to thank Allah is to have a wonderful family. A big haappyyy family. They are like a home to me, which a place that I could forever return when I have no other place to go. And the most joyful moment to be shared together is Hari Raya. 


Hari Raya adalah hari yang mesti saya tunggu-tunggu sebab semuuua orang akan balik dan berkumpul di bawah satu bumbung. 


#1 kalau orang lain raya dengan keluarga di rumah masing-masing, then pagi raya baru segerombolan berangkat ke rumah atuk nenek untuk pay a visit, saya pula akan gembira 2 3 hari sebelum hari raya lagi, menunggu kepulangan semua, untuk berbuka puasa sama-sama beratur panjang-panjang dari dapur ke depan, dan beraya bersama-sama. 


#2 Kalau orang lain hanya guna caterer, kami pula akan bergotong-royong memanjat pokok kelapa, koyok buah kelapa, mesin kelapa. Ibu-ibu pula ke pasar bersama-sama, pakat-pakat beli itu dan ini untuk juadah. Anak-anak? Hanya sebok berbalah nak makan apa untuk raya. Nasib baik Mak Besar (Mak sedara sulung) itu caterer. Maka cakap je, dia memang generously dan penuh confident jadikannya kenyataan. Saya, hanya koyok bawang dan potong-potong atau mayang-mayang, sebab nenek saya takkan bagi orang yang green ni buat benda yang core. Kena taraf-taraf caterer atau yang dah 30, 40 tahun berkecimpung dalam masak-memasak ni je boleh sentuh. Setakat makcik yang umur awal 40-an, pun kira green lagi, boleh kacau-kacau je. 
*Eh tapi kalau nak buat dengan penuh kesenian, like hiris halus-halus, nenek saya bagi saya buat. Wah, saya berseni rupanya :')* 


#3 Remaja-remaja lelaki dan anak-anak kecil, biasanya sebok di halaman, pasang mercun itu dan ini, dah macam hari merdeka. Lupa mandi, lupa segala, hingga ketua warden kena turun bercekak pinggang, berulah berterabur lari jumpa pintu rumah semuanya ;p Mereka juga pelanggan tetap 7 Eleven depan rumah, 2 3 pagi maseh ke sana sehingga apabila saya pergi, orang kedai tanya "adik ke ni? Selalu datang" wuwuw 


#4 Hari raya mesti ada photoshoot,  lelaki jadi photographer je. Kami yang perempuan berbagai aksi. Boleh pulak pulang ke kampung sepupu tanpa segan silu. Nasib baik diorang begitu baik hati, memang mengalu-alukan :') 


#5 Aktiviti di sepanjang sambutan raya mestilah penuh dengan thrill like main explorace. Habis serbuk kopi, halia, sirap, garam nenek saya jadi mangsa. tu belum cerita periuk dia hitam, rumah dia berpasir berlari atas rumah mencari clues lagi. Haha. Kalau nak lagi ganas, main paintball, letak air kaler-kaler dalam plastik. Lepas tu kena marah sebab plastik air merata-rata ;p Tidak lupa permainan tradisional seperti main coh, atau bola kaki tiga. Biasanya aktiviti sebegini, kami begitu sexist, mesti lelaki vs perempuan. Yang tua (30 tahun ke atas) jadi tukang sorak a.k.a pemain simpanan. Agak-agak dah nak kalah, diorang pulak semangat mintak pass bola, baling ke pasukan lawan. Oh ya, sambil berkain sarung. Haha. Malam kemuncak, adalah aktiviti perkhemahan. Dalam khemah tu, mesti ada toto, comforter, kipas, bantal, teddy bear. Haha -_-" tak? Lelaki lebih senang terdampar di luar khemah, sambil lawan Half-Life sampai pagi. Kira sentri la ;p 


#6 Paling tak best, part basuh pinggan. Setiap hari, biasanya ada orang akan sponsor for makanan. So semua orang akan makan satu rumah la. Pastu pinggan.......malas cerita lah! ;p 


Part best ke, tak best ke, bagi saya, semua meaningful. And I really hope semua ni lasting for forever. Sampai masing-masing ada anak, cucu, jangan lupa masing-masing. Apa yang salah silap siket-siket, harap ambil yang jernih je. 


And... 
Ishoul d proudly said.. 


  
.I LOVE YOU.                                 

Wednesday, September 7, 2011

Monolog dalaman Dinda.



Panas demam kanda mungkin membahang. 
Sampai Kanda boleh pergi sebegini jauh. 
Tapi kiranya kanda seperti serius, 
Kalau tidak, masakan sampai pada telinga ibu Kanda. 
Kanda kata Kanda sakit mungkin sebab nazar Kanda yang tertunggak. 
Maka Kanda segerakan.

Ibu Kanda mudah sekali berkata ya. 
Dinda pula naik shock. 
Siap bertanya tarikh mahu berhadap. 
Siap bertanya mahu sekadar sunting atau ikat terus ke rusuk Kanda. 
*nasib baik ibu Kanda cadang bukan masa terdekat ni*


Besar taruhan ibu Kanda pada Dinda. 
Sedang Dinda kalau diibaratkan, 
Masak nasi, beras antah. 
Masak air, payau telaga. 
Pakai baju, camping merata. 
Jahit koyak, rabiknya masih ada. 


Dinda masih belum Puspa Sari, Kanda 
Boleh mencari kacang dalam beras, 
boleh memilih biji lada dalam serbuk cili. 


Tapi kiranya itu dipersetujui, Dinda terima.  .^^. 
Kerana sampai ufuk terbit di barat juga Dinda belum rasa Dinda sedia. 
Kerana taruhannya bukan sedikit. 
Pasak agama mahu teguh. 
Asahan ilmu dunia mahu tajam. 
Emosi kena kuat. 
Jasmani kena hebat. 
Tapi Dinda boleh belajar perlahan-lahan kan dalam masa pelayaran kita? 
Kanda boleh terima kalau Dinda serba kurang kan? 


Tapi Kanda kena beritahu sendiri keluarga Dinda. 
Kerana Dinda masih kecil, 
Dinda belum pandai bercakap hal begini. :') 


p/s: Siapa baca sila abaikan ;p

Monday, September 5, 2011

Gelojak Perasaan.


Salam ;) 


Sejak kecik sebenarnya saya ni tiada cita-cita. Lansung. Mungkin sebab saya jenis yang fikiran tak complex sangat, dan fleksibel. Jadi dulu, then kita fikir how to survive. Daripada lecturer, lawyer, engineer, architect, and doctor, macam-macam sudah saya bohong orang lain. Sape suruh tanye kan, dahla tanya, dan dan tu jugak nak jawapan, kalau jawab takde cita-cita, marah pulaaakk. At least tunggu la saya buat pilih atur dan susun cara dulu. Tiba-tiba kan, (mungkin sudah dewasa), saya tak tahu la datang dari mana perasaan begini, tapi saya agak pasti dengan kehandak hati ini, saya nak jadi... 

Isteri yang berbakti pada suami.

dan 

Ibu yang everything pada anak-anak.

Senang cerita macam nenek saya. Tak pernah nak suruh sapa-sapa masuk dapur tolong dia masak, dan dia akan masak semua, you name it nak apa, serunding daging, kuih apam, nasi minyak, roti canai, ayam bakar, you cakap nak je, time tu jugak dia masak. Tak payah nak susahnya nak cari serunding sedap, susahnya nak tu nak ni, semua dia boleh buat, dan sedap! Jamin! 

Sebab tu lah di saat orang lain worry nanti gaji doctor siket sebab dah kurang on call, seriously saya tak kesah, sebab cita-cita saya is to have a quality time dengan keluarga, dan priority saya adalah my family. Gaji siket, tapi berkat, pun makan tak habis jugak kan? Dan niat kita adalah untuk serve people. Duit bukan the main agenda. Kalau kita ikhlas, insyaAllah Allah tolong. Pasti.

To be specific, my wish is to jaga sendiri makan pakai keluarga. Tak payah bibik, tak payah nanny, tak payah makan luar. Kalau tak banyak pun, at least siket akan ada keberkatan and love tie between family members. Baru lah anak-anak dengar kata, takde nak cari hiburan luar. Sebab semua air tangan ibu :') 

Teringin nak bangun pagi, siapkan breakfast untuk semua dengan meja terhias indah dengan ros segar petik dari pokok tanam sendiri belakang rumah,
Teringin nak tunggu semua balik dari kerja and sekolah dekat taman, dah siap dengan dessert,
Teringin nak hias rumah cantik-cantik penuh dengan bunga and English theme ah seronoknyaaaa!

And having a cert. is not a mandatory to have a job. tengok balik niat kita, belajar sebab nak cari ilmu Allah, bukan sebab nak kerja. Dapat kerja is a bonus, tanda kita betul-betul menguasai ilmu Allah. Kalau jadi supporter sepenuh masa pada suami, then suami jadi surgeon berjaya, then suami bagi gaji bulanan pun bonus jugak kan hiks .^^. 

Tapi untuk amal apa ilmu yang kita ada, pun is an obligation kepada agama. Jadi orang yang berjaya dalam career, untuk pembangunan Islam, juga obligation. Habis.. bunga ros? English style home deco? huk. Justeru, pada saat ini, saya begitu bernaluri ingin terima tawaran Dr. Biras-to-be untuk bukak klinik, saya yang perempuan, kerja office hour sahaja. Maka boleh ada nursery di tepi bilik saya untuk anak-anak saya. Even orang jaga pun, still depan mata kan? Boleh lunch sama-sama dengan family even mungkin tak sempat masak pun. Takde oncall, yes! Tapi the worst part is, I have to sacrifice managing our clinic while Dr. Biras-to-be, and Dr. Suami-to-be finished up their masters. And how about me? Huk.

Nak ada master jugeeekkk :( 
Cemane ni kalau ragu-ragu tak tahu nak buat keputusan niiiii T_T


Saturday, September 3, 2011

Diari Ramadhan III

Salam ;) 


Batasan ibadah itu hanya kita yang cipta. Kita sendiri yang melihat ibadah itu mesti di tikar sejadah, mesti menadah rehal. Siapa-siapa yang tidak begitu, kita musuhi, kita tengok dengan ekor mata, jijiknya orang tu untuk kita jadikan sahabat. Maka tidak mustahil untuk orang kita lagi senang ke kelas tusyen mubaligh agama lain, sebab mereka tiada diskriminasi, usahkan nak pandang orang yang serba jahil dengan ekor mata, orang yang agama lain pun mereka bantu.


Tapi jangan lupa, kalau kita belum setel dengan manusia di bumi, hanya setel dengan Allah, Allah pun belum tentu nak pandang kita penuh mata. 


Maka mari di bulan yang mulia, kita mengeratkan silaturrahim, kerana ia juga ibadah. Jangan hanya asyek menjadi 'Abid yang tunduk bangun tunduk bangun, tapi tidak 'Aqil, untuk buka mata hati, lihat ibadah itu luas.


Ini paling bersyukur kalau perut tengah lapar. 
p/s : tu tak pasti lah muka lapar ke tengah nak bergossip ke kan.

Us ;)

The Fiqah-ians. 
The Cantik on the right, The Mama Yokies On the left

Happy Birthday Dhiya Shafiqah!

Dah lama ingin punya gambar sambil ketawa seperti Ashwarya Rai
Seperti tak? :')

6 Mawarians. 
Salam Ramadhan you alls. 
Biar kita kawan sampai bila-bila boleh kan? 
;)