Thursday, September 29, 2011

Alhamdulillah ;)

Salam ;) 


Hari ni genaplah 3 minggu saya posting di Medical Ward. Medical Ward adalah ward yang mempunyai wide coverage of penyakit seperti sakit jantung, paru-paru, sakit buah pinggang, penyakit-penyakit berjangkit; tak kesah lah as simple as dengue, kepada hepatitis, kepada HIV. Pendek kata Medical Doctors deal dengan metabolic changes dalam badan. Cell darah, changes dalam urine, ions changes dalam jantung. Kau nampak je dia kecik, eh bukan, tak nampak dengan mata kasar pun ion-ion itu, tapi nak tackle mereka tu payah. Ilmu perlu lah merangkumi perihal jantung, paru-paru, buah pinggang, etc. Skill juga haruslah bukan limited kepada satu sistem saja seperti periksa bahagian dada, kena tahu banyak sistem. Boleh je tiba-tiba Doctors nak buat surprise, ha kamu, cek saraf pakcik ni sekarang. Kalau hati tak kuat nyah, mahu kena tandang keluar tingkap. 


Tapi banyak yang saya bersyukur dengan apa saya ada sekarang. I know, lately I banyak mengeluh, but then I realized it ain't grow better at all. The thing I should do is innovates it positively, sebab mengeluh will give you nothing, lagi Allah tarik rezeki ada lah.


I pernah ada experiences round ward dengan doctor garang, setakat jerit sampai 1 ward pandang, or halau us setiap hari bekerja (haha macam official government procedure pulak setiap hari bekerja), lama-lama I pun tak tau kenapa, I dah jadi immune, like marah pun takpe lah, redah je. In another end, I bersyukur and thank her, sebab build me jadi lagi kuat, dah tak cengeng, marah siket, dah muncung, dah give up. It may be temporary or I je perasan I ni berani, tapi kelas dengan Dato', I tak shiver or palpitate like having thyrotoxicosis pun, seriously. Bukan sebab I berlagak tanak hormat Dato', tapi I was like whatever happen pun, memang kena harungi jugak kan. Doctors are cikgu anyway, they are doing for our good. So why not we terima je. Bukannya mati pun kena marah. At least I dah tak cepat down with pressure. Alhamdulillah ;) 


And and and. Paling best, I dapat supervisor yang sangaaatt baik. Alhamdulillah lagi. Tadi I ada mid posting exam dengan beliau. Main-main, exam kalah time sekolah-sekolah, sebulan sekali. Tahun 4 in Medical School exam 3minggu sekali. Ini bukan seperti kuiz ke test ke ape ke, tapi peperiksaan, yang mesti lulus. Mesti. Sebab kalau fail more than 2 posting, kena repeat year. Nauzubillah. Jauhkan ujian tu dari ku ya Allah. Tapi Alhamdulillah, beliau sangat baik. Baik tu bukan baik biasa-biasa, tapi exam slot terus jadi teaching slot, siap after my presentation, siap beliau buat summary. Beliau, bukan saya. Ulang lagi, beliau. Saya hanya taip summary yang beliau buat. 



My slides is plain white with No background. Ni Prof. la ni yang suruh tukar kaler biru. Tukar on the spot just before I start. Then, lastly, summary ni, he guide one by one like "okay, buat table. Pergi home, ha pilih table tu. Eh insert la 'new slide' dulu. Okay pilih 7x7 table. Okay atas tu tulis condition, next, tulis apex beat, next bla bla bla. Okay we go to the 1st condition; Mitral Stenosis. You type MS je." Sampai habis. Satu-satu. "Okay, lastly you balik study summary ni je, dah okay dah." wuwuw baik nya, rasa kesian pulak dekat Prof. sebab dapat I sebagai anak. Dahla bagi lulus. Alhamdulillah ;) 

For next session, I janji prof., I akan belajar bersungguh-sungguh, sebelum Prof. buat summary, I dah present dah. Mesti Prof. happy ajaran Prof. I praktikkan, kan Prof.? ;) 

Lastly, thank you Allah, for put me to where I am today ;)

2 comments:

saen lati said...

GO!GO!GO! Dr.Syafiqah to be=)

syafiqah adnan said...

hai saen lati, thank yooouu. siapakah saen lati niiii ;)