Wednesday, July 20, 2011

The Orthopaedics.

Salam ;)


Ini minggu ialah minggu Orthopaedic. Orthopaedic atau nama kampungnya adalah pelajaran mengenai tulang-temulang, adalah sangat cool untuk seorang yang macho dan lansung tidak girlish. Hatta mestilah tahu menggergaji, menukul, menskru dan sebagainya persis seorang tukang rumah yang handal. Oh rupa-rupanya atuk saya adalah seorang Orthopaedic Surgeon :')


Maka misi bermula. Most of the cases came with trauma sebab MVA (motor vehicle accident).  Bila dah join Ortho Team, rasa macam eh hati-hati memandu, eh hati-hati melintas jalan, eh hati-hati bila berjalan-jalan melihat awan. Sebab memang kebanyakan daripada penghuni wad memang masuk sebab accident di jalanan. Tapi untuk menjadikan saya insan yang lebih beringat-ingat, Alhamdulillah :')


Suasana di Ortho Ward adalah penuh dengan luka-luka, plaster-plaster, besi-besi seperti arial televisyen, senang cerita benda yang memang menyakitkan dan kita memang takkan nak. Mintak Jauuhhhh. Itu baru suasana fizikal. As usual, I love to learn from the surroundings, like I suka tengok how they behave, how their acceptance dengan apa yang Allah takdirkan, apa yang bukan dalam kasut kita (Nauzubillah), kita belajar. Yelah, bila masuk bab tulang, saraf, sape tak takut, boleh turn your world upside down kot. 


Ada orang yang kaki dah kena amputate sebab MVA, muda lagi, belum kawen pun kot, dah berulang-ulang kali masuk hospital sebab luka lama berdarah kembali, dah bertahun-tahun tak sembuh-sembuh, pulak tu memang tak boleh kerja dah, maseh boleh senyum, maseh boleh tak kesah bila junior doctor salah pasang branula,  buat lagi dan lagi.


Ada makcik yang boleh terima bila doctor cakap dia ada cervical chordoma,  which is a rare tumour, arise from notochord ( terima kasih Farihan and Ainin, tolong bagi schema jawapan punya definition ;p ), masih boleh bertenang, masih boleh cakap terima kasih tolong ambilkan dia tissue, even cakap pun tak clear sebab ada wire dalam pharynx, masih sudi luangkan masa tolong kami carita history dia macam mana dari mula-mula sakit sampai sekarang, walau payah sangat nak keluar satu2 perkataan. 'takpe, kan nak belajar', katanya. Bila doctor datang, appreciate doctor-doctor, 'terima kasih banyak-banyak. Tak terbalas budi doctor semua. Allah je dapat balas', walaupun kami buat sekadar yang mampu, and she should praise herself sebab innerself dia sendiri yang kuat nak fight sakit tu.
Notochord : A similar structure in embryos of higher vertebras, from which the spinal column   develops.


Ada suami patient yang tak kesah bawak isteri dia beratus-ratus kilometer ke HUSM untuk berubat, pulak tu sanggup teman dari pagi ke malam ke pagi, itupun cakap 'pakcik bukan boleh tolong apa, tolong teman buat habiskan beras kat sini ada la' rasa diri tak tolong apa-apa pun, padahal mental support yang dia bagi sepanjang tunggu kat tepi isteri tidur atas kerusi, berjenaka untuk hiburkan isteri, drove her wife hundred miles away to Kelantan tak kira for admission atau an hour appointment, dah lebih dari cukup sebenarnya.


Ada adik yang lagi kuat dari kakak ni, boleh terima sakit dia yang even agak severe, scoliosis. Scoliosis is a term used to bony vertebra yang senget ke kiri atau ke kanan. Dia boleh compress nerves yang ada kat situ, so banyak la manifestation dia like weakness, paraesthesia, and disturbance pada saraf yang mengawal fungsi autonomic macam buang air kecil. Since adik tu masih kecil lagi, so dia memang akan mengganggu sedikit sebanyak pergerakan dia untuk main dengan kawan2, nak bersosial, or even cosmetic effect yang memang boleh supress dia punya self-esteem. Tapi adik tu tak merungut pun, even kena tinggal sekolah, kawan2, tapi senyum je memanjang menyambut doctors and medical students :') Kagum akak, dik.


Ada juga brader-brader yang emotional yang tak boleh terima dia patah tangan kaki. Bukan nak cakap dia tak kuat, tapi dia punya sedeh tu sebab kena tangguh belajar, dia takut dia tak boleh tolong mak dia nanti. Murni sungguh impian dia nak jaga mak dia, sampai dia begitu emotional terpaksa tangguh pelajaran.


"They might not the useful somebody before; merempit. But they may not be the worthless forever. The trials that they faced may change them to a better somebody :')"



Sunday, July 17, 2011

Happy Birthday Mr. Shooting Star.


Salam ;)


It was a 15th July 2011 entry.

I could tell you, 
His favorite colour is grey,
He loves to argue (teasing to be exact), ;)
Born on the fifteen.
His sisters are beautiful,
He has his father's eye,
If you asked me if I'd love him, 
I'd smile ;)

To my Mr. Shooting Star,

For  cheering and fatiguing my zygomaticus major,
For letting my facial artery dilated and blushed,
For suppressing the cephalic phase whenever we were arguing,
For dried up my lacrimal,
For keeping my neurons in non stopped synapse remembering you,
I won't forgive you, but stay by my side for forever.

Happy Birthday ;)
May Allah bless.



Saya Askar Wataniah.

Salam ;)

About months ago, I read a news on my former high school senior wedding announcement. Well, it was not a real announcement for my senior, but for her future husband. Her future husband is a TV personality, so mesti lah liputan meluas. So I was like, macam mana dah rupa kakak ni, lupa lah. Sebab dia macam tak menonjol sangat. Down-to-earth and zuhud. I rasa I pun tak pernah sembang kot dengan dia. Baeeeeekkkk sangat, I pulak T_T wuwuwuw. Tapi I ingat la she has a fair skin, sweet, tapi everything was in grey. So I pergi la tengok kat majalah sekolah, tiba-tiba I nampak gambar ni pulak.

Taraa!

Nampak tak gambar atas tu. Yang on the top yang bawak hadiah besar kalah tuan bawak tu. It was me :’) Oh I miss those good old days. It was on the school camping. Dan hadiah tu untuk ‘Prep-Komanden Terbaik’. Tahun tu entah kenapa cikgu taknak buat separate pulak kategori lelaki dan perempuan. Even I tak harapkan menang pun sebab I baru form 2, pastu tu tahun first I join menda alah ni, tapi since ada pertandingan, mestila I taknak kalah. Gila ape tiba-tiba masuk pertandingan, pastu belagak lemah lembap “saya tak menang pun takpe, amek lah sape nak”. Pastu I was like tak aci la, mesti la lelaki menang kan, suara dia mesti lagi gagah dan anggun. Tapi Alhamdulillah, I was selected. :’)

And bila dah dikatakan gagah lagi anggun, mesti la I nak teruskan usaha murni I ni. Maka tahun lepas I join Askar Wataniah pulak. Wah I senior Lisa Surihani tau. Hew hew.
Syafiqah Surihani join Askar Wataniah. :')


Secara tak sengaja I dapat ni pulak :')
‘Pelajar terbaik Askar Wataniah’

Yang ni serious, I tak berharap lansung.Thanks Doc Peace tolong naik pentas amekkan ;) 
Memperkenalkan Farhana Kamaruzaman, tiga dari kiri, berdiri ber-sleeves biru. Ye, Farhana Kamaruzaman mempunyai nama timang-timangan; Doc Peace ;)
*Ini gambar diambil masa latihan kawad untuk TOT. Oh rindu nya TOT* 


cumil tak dressing kami? hiks angels with pompom hiks ^^.




Dear Farhana, 
Saya nak berterima kasih tidak tehingga kepada awak sebab ambilkan piala hari tu. Thaks ya! Hari tu kalau awak tak hand me the piala, awk nk simpan tanak bagi saya nak balas dendam sebab dahla saya dera awak masa kawad, pastu berperangai buruk blah begitu sahaja pastu awak terpaksa amek piala tu pun saya takpe je. Tapi now I kesah. I sedar ada hikmah I dapat anugerah ni sebab now boleh la I jadi taraf-taraf duta Askar Wataniah, duduk sebaris dengan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Hahahahaha tu je I nak cakap sebenarnya tulis panjang-panjang ni. Haha surprise tak? ;p


Sape join Askar Wataniah, kecomelannya haruslah tahap ini juga ;p

p/s : Al-Fatihah untuk arwah Kak Wani, my senior jugak, yang pergi years ago sebab kemalangan. A very warm, kind, and lovely sister. Semoga kakak aman di sana :’) Tiba-tiba teringat sebab dia selalu cakap I boleh jadi commander bersuara lantang, mesti suara I sedap jugak kalau nyanyi. Wuwuwuw saya TAKKAN nyanyi sebab nyanyi tak sama dengan bagi command. Bagi command haruslah macho. Chaiss!

Sunday, July 10, 2011

The Obstetricians.


Salam ;)


Its Friday! It has been soooo long I don’t wait for the joy of weekend :’) I don’t know about others, but personally I rasa minggu ni memang panjang. Mungkin panjang sebab I duk tunggu2 bila la nak rehat, bila la nak rehat. Oh oh oh I lupa nak cakap, this week is my first week of hospital attachment. Bukan la rajin mana pun like bila orang tau I join this thing, people kept saying eh eh rajin nya kau. Ni bukan pasal rajin ke apa, tapi I can just maximally polish my potential when I am under stress. So sebenarnya I ni pemalas. Orang lain elok2 je boleh study dekat rumah tak payah nak attachment attachment bagai, tapi I tak boleh rajin macam tu. Lepas I bukak buku, buku la baca I. Kalau buku tu boleh cakap, mungkin nak je dia kata eh kau ni bukak aku, nak busukkan aku ke? Bukan bermanafaat pun aku duduk ngan kau T_T kejamnye kau cakap macam tu. Maka I pun menyahut cabaran Cik Buku ngan join attachment, untuk membuktikan aku ni insan berguna :’)

Mula-mula I ingat attachment ni macam lain2 attachment yang macam orang lain cerita. Boleh pergi lewat, ikut je doctors, tanak buat pape pun takpe. Tapi since we are attached to our beloved HUSM, the things get little complicated. They treat us as their students yang menjadi tanggungjawab they all untuk ajar us every single thing, untuk pastikan we all grab and apply everything yang houseman, medical officer perlu buat and perlu tahu. Kalau jawab we are observer, memang nak kena la tu. Every single procedure, memang kena tahu what was that. Tak mudah, tak mudah. Sebab hari ahad we all sebok uruskan hal admin and hostel check in, we joined the ward round starting from Monday. Oh there are 11 of us, 3 boys, 8 girls. And we all dibahagikan pada 4 teams, Prof. Nora’s, Dr. Ramli’s, Prof. Adibah’s, and Prof. Shah. And 1 junior from oversea university, anak Prof. Shah :’) I paired with Nana and Abg Izzat in Prof. Adibah’s ;)

A few of us ;)


So here is some of the moments yang I sempat tangkap dengan kepala I ;)

1.  Since my team’s specialist didn’t around on the first day, , so I joined Prof. Nora’s team. Even we are just the attachment student, still she did ask the basic questions, like what is the adverse effect of Oxytocin. Kak Ina jawab for uterine contraction (main action), luckily she heard fluid retention, the correct answer of course :’) Panic kot tiba-tiba aimed us, dah la dah tinggal lama ilmu2 sebegini, sampai side effect ngan the main action pun tertukar. Nasib baik ada Kak Ina bagi jawapan yang side-effect-like-sound :’)

2.  Nana and I met Dr. Liew, labor room MO. We saw how ARM was done, and smell the amniotic fluid :’) Mula-mula I ingat he just bullied us, tapi I recommended you all to smell it, something sweet in smell. Kena 1st dying shot, kena state the differences between ARM, PPROM, PROM tu terkebil-kebil takyah cite la. Apatah lagi suruh set IV, tersipu-sipu pulak dekat situ. First day kooottt tatau pape lagi. Arah tuju pun terumbang ambing lagi. Pastu pastu we all dapat tengok ECV (external cephalic version). I tengok pun nak tercabut kepala lutut. Apa lagi mommy-to-be tu. Dia memang kuat :’) Tapi I tak mampu lagi tengok labour. Apa nak jadi la kau ni Syafiqah.

3.  The things move smoothly on Tuesday. Kena tanya soalan bertubi2 tu biasa la, like what is the normal range for the blood count in pregnancy lady, sebab we met a patient with Candida, GBS infection.  Now I cuba jugak untuk tengok labour. I memang mungkin terlebih belas sampai I tak boleh tengok people in pain. Bukan masalah mabuk darah, tapi I kesian tengok orang. The tips for myself is I tahan jugak, tengok jugak, and tengok baby, put the enthusiast to the baby yang nak keluar, jangan tengok the mother. Pastu cari tempat yang ada kerusi siap-siap. Hehe. And of course, sehari suntuk kot I doa biar Allah kasi the strength. So tak boleh lansung nak riak kasi-kasi tips, sebab I yakin 100% Allah sebenarnya yang tolong. Bila baby dah keluar, oh I pulak happy, and bila ayah baby azankan, I pulak touching, nak berair-berair mata :’)


4.  Okay we all baru get the knock on Wednesday. We all kena tegur sebab specialist datang, she nampak we all duduk kat sofa. Tanya indication for LSCS pun tak bagi convincing answer. To be frank, we all tak tau pun boleh ikut HO and MO pergi clerk patient pagi-pagi. Nampak they all sebok prepare, takut ganggu. We all dah prepare, cover the cases a night before, and datang seawal 7.30am. Tapi we all tak cakap yang we all dah prepare, takut kena soal. Teehee. I don’t think she scolded us for no reason, even she was like conveying her frustration toward us, but to make us move forward, kinda motivation to us. Mana tak motivation nya kalau terus pergi cari buku macam-macam author, pulun study group terus, clerk almost all patient dalam ward tu, even bukan team kitorang pun ;)


Ahli politik haruslah di depan ;p



5.  On Thursday, pagi-pagi lagi kitorang dah pergi ikut HO and MO clerk patients. Tanya soalan bertubi-tubi sampai lambat join ward round. Tapi Doctor tak kesah sebab kitorang bukan berehat-berehat macam tuan besar macam semalam. Hehe. Pastu kitorang ada teaching dengan The Sweet Dr. Ramli. He thought us from A to Z. Siap ada mind map, scheme answers bila examiner tanya gini, give these. He even corrects our skill of palpation, basic kan, tapi he is sooo kind and patient untuk ajar us :’) And malam tu we see the cerclarge removal. I thought the spelling was ciklagre, sebab nurse eja macam tu dekat patient’s folder. Cari dekat internet, keluar “doa sebelum tidur” -_-” haha.


6.  Jumaat pagi pergi hospital, wuwuwuw takde doctor pun. Ekoran malu dengan diri sendiri sebab terlebih semangat, kami perlu dapatkan sesuatu jugak, untuk mengelakkan malu. So kami buat2 pesongkan tujuan ke hospital di pagi hari sebab nak ambik gambar di carpark :D

p/s : Kita penyiasat. Tapi kita takde pistol. ~Dr. Ramli~
*Comel gila quote ni!*
  ( smbungannya : Kita guna suara. Maka tak boleh jadi doctor kalau takde suara )

Thursday, June 30, 2011

salam ;)


There is somebody who really can’t wait for this entry ;) Because he said not even him can read what is lingering in my heart. Do I smile because I’d really love to or did I pretend to. He was just like, “dah tulis dah?” “dah transfer gambar dah?” ;p tak sabar sungguh. Kena ada feel baru boleh tulis. ;)

Last two weeks, the sun shone to my heart. He was home, for his semester break. We did plan to see a dentist on the first meet, haha macam healthy conscious gila pergi dental check up on a date. But Y.A.B. Tok Guru announced yang ahad adalah cuti peristiwa. But he insisted nak jumpa jugak. So okay lah, pergi jalan2 je. I was just like lama nyaaaaa tunggu, takkan u-turn lama macam niiiiii.  
And when I opened the car door, it was like…surpriseee!!


Serious I rasa muka I kat sini macam orang sakit buah pinggang. Sembap semacam je. Nauzubillah.Tapi actually I tatau nak senyum macam mana sebab macam surprise sangat ;p dapat munge, ngan hadiah atas riba tu ngan rose petals di mana-mana. It was so blessed to blog about what I love. See, he read and I got a bouquet ;p
If I didn’t paint the grey-ing there, mesti korang dah dapat agak where were us right there. Haha Nasi Kak Wok of course. Kalau dah pipi pau, mana boleh tak masukkan agenda makan-makan dalam schedule.

Okay when my sane is back on track. Memang semangat tabur rose petals sendiri sebab nak amek gambar. Hadiah pun tercampak dah.Haha. Yela, kalau bukan penuh semangat, bukan tak duduk diam, tu bukan I. ;p


Budak ni memang takleh bagi muka sangat ni. Boleh pulak ambek gambar sendiri. So pakcik macam malas layan dah. -_-”


The sandal I wore is the gift. Thank yoooouuu!! I just love this sandal because it is sooo girlish and elegant ;) *eh sandal boy pun suka jugak*


I love the part when we went to beach together. Denganbudak-budak.Rasa macam Hollywood personality pulak. Heh. Mana best pergi berdua je, so we plan to bring the kids along. Sebab I nak jumpa the kawaii, baik, and manja Naufal.Naufal is soooo baiikk dan manja like nak duduk riba je sentiasa. And dia jenis tak meragam. And I love to cuddle him sebab pipi him chubby boleh buat bantal peluk. Hehe. Ini sincere, bukan sebab tahun depan nak posting anaest dan nak markah lebih ;)

I prepared for the kuzi and lempeng and pizza. Memang kalau tak berkolestrol tak sah. Haha.  My nenek so in love with him so siap pergi pasar pagi buta sebab nak tambah lagi ayam. Heheh. Pakcik jangan tersenyum-senyum. Jangan. Terseliuh zygom. major kang ;p He is soooooo cooperative in preparing the drinks and brought the tikar. Thank you ;) And we gilir-gilir jaga budak-budak bestnya bestnya like a happy family! ;)


Sebenarnya kakak yang nak main gelongsor. So kakak memang semangat bawak budak-budak panjat tangga. Sanggup tu. Haha. See, I pakai sandal boy. Its soooooo comfort like what is been advertised.

I macam rindu je nak pakai baju kurung.Ye I memang suka pakai baju kurung. It is just a matter of feeling secure. Dan rasa diri ini cantik. Hew hew hew. So since dah lama tak pakai, asyek duduk rumah je, rasa nak dress up macam ni pulak. Tak baju kurung pun, long dress pun boleh lah. And lately rasa nak ber skirt pulak. Mungkinkah I sudah dewasa? -_-”

Friday, June 17, 2011

Act to who we are.

Rasa macam best je kan bila kita tengok hidup orang dulu-dulu. Bebas dari benda-benda yang tak senonoh. Haha macam busuk je aku cakap berkobar-kobar ni. Tapi betol, orang dulu-dulu tak payah face up benda yang boleh buat diorang tak tidur malam.

Kalau nak cerita pasal benda yang buat orang tua tak boleh tidur malam, korang tak payah nak open table pasal dadah or shabu or lumba haram persis seorang menteri pertahanan, tapi cukup kalau korang tengok bahasa seharian yang kita guna. Eh bukan kita, tapi budak-budak sekarang. “Hi girwl, kitew lupewr lew nak amex kueyy gelembunk buayew atas mejew tu. Kitew tetitow tadi”. Nak cakap kueh gelembung buaya je pun, bukan nak cakap pasal hamburger ke, nak sampai slang-slang bagai macam tu. Cuk cuk cuk. Akak kan dik, rasa macam nak uli adik je buat kueh gelembung buaya dengar adik cakap macam tu. Sebab akak tak faham! Bukan lagi jimat masa dan abjad ke tulis macam biasa biasa je. Cool pun cool. Pastu akak rasa kalau adik cakap macam tu, adik sengaja je cari nahas dengan buaya sebab eja nama dia salah. Cuba la kita proud dengan ejaan kita sendiri, tak payah nak rasa cute tiru orang cakap slang-slang macam tu. Kalau bahasa yang siket tu pun kita dah tunggang langgang, tayah nak story la jati diri kita pasal benda lain.

Kalau cakap pasal kampung halaman, mana ada budak-budak dewasa ini betah nak duduk kampung. Duduk dengan orang tua, banyak pantang larang, banyak yang tak boleh dari boleh. Kalau dengar cerita orang dulu-dulu, duduk kampung, macam best je, kalau nak kenduri semua turun padang gotong-royong, takde nak berkira-berkira, sanding boleh aci kau je berkenan rumah sape, cop aku nak nikah sini. Boleh. Cuba kau buat sekarang kalau berani. Memang nyah kau dari kampung la. Haha. Dulu-dulu, nak berkumpul sanak saudara tak payah nak tunggu kematian. Hari tu ada jiran meninggal. Bila kat kampung, jiran tu semua sedara. Maka terharu pulak tengok ramai sanak-saudara pulangke kampung, tapi bila semua dah pergi, sunyi la balik. Pakcik I cerita, dulu semangat kekampungan tak nak kalah. Kalah semangat final piala FA yang Kelantan kalah hari tu. Wuwuwuw tengok la nanti saya sponsor kasut RM2400 sepasang seorang, pastu nak pertunjukan paying terjun? I sendiri yang terjun, bukan setakat keliling stadium, keliling refree sampai berpinar mata pun boleh. Semangat kau! Haha. Pakcik I cerita, dulu kan rumah semua bersederhana di hari raya je, maka halaman pun besar siap boleh buat temasya olahraga tahunan kau. Amek. Ni bukn sekolah punya, ni arrange sendiri nak lawan kampung sebelah. Siap ada banner, decoration padang, tiap petang ada latihan.  Bila geng ramai, semangat tu pagi pagi sebelum subuh aku ketuk pintu rumah kau, kau ketuk tingkap rumah aku, nak ajak pergi jogging. Ye, tak silap, sebelum subuh. Gila lah! Macam-macam ada acara, lawan perang, boleh pulak semangat kau polish senapang kayu aku, aku cari peluru kau, semata-mata nak naikkan nama kampung. Yela, persiapan mesti kena gempak, semangat pun kena tinggi, nak kasi tutup mulut kampung sebelah. Cuba sekarang, masing-masing nak nafsi-nafsi je, eww i takut hitam, habis sape nak warisi permainan hide and seek pukul 2 petang dari aku? Haha gila main nyorok-nyorok pukul 2 petang, keliling kampung tuuu. Yela, time tu tak tau lagi tentang The hazardous dehydration. -_-” Tapi tu la, sekarang, semua jaga kain sendiri je, semua nak berkira je, semua nak selfish je. Risau jugak mak, buatnya tukang jahit pun nak jaga kain sendir je jugak, tanak jaga kain orang, mana mak nak gagau jahit baju. *peribahasa apa ni mak?*

Bila kurang gadget yang canggih macam zaman dulu ni pun best jugak kadang-kadang. Sebab bila takde camera contohnya, sekampung, sorang je ada, bila nak amek gambar tu, sekampung berkumpul. Tak kesah la nak pose asyek nak tongkat kaki sebelah atas batu, tangan tongkat dagu, senyum pun senget sebelah sebab nak style, tapi the making of A picture tu yang precious. Perlu pinjam baju orang, perlu pinjam camera, bukan tu builds the unity ke? Pastu malam-malam, pergi berkumpul tengok TV rumah yang berada siket, makan pun ramai-ramai, ada yang mengigau jalan dalam tidur, ada yang kencing atas tilam. At least orang dulu ada la benda nak cerita dekat anak cucu, kita, nak cerita apa? Cheat game red alert?

At least orang dulu,  betol-betol ada rasa we’re Muslim, and all the believers are brotherhood. We love and we truly care about others. Ada rasa we’re Malay, so we don’t act like westerners. Kita sekarang pun memang cakap, tapi sekadar cakap ;)

Friday, June 10, 2011

Diskriminasi Tanpa Sempadan.


“Assalamualaikum, saya Syafiqah, pelajar perubatan. Hari ni saya nak tanya-tanya siket pasal sakit makcik, pastu nak mintak izin nak cek makcik siket. Boleh ye makcik?” Kenapa kalau bertag line begini, mesti nak di double standard? Kami juga manusia berhati nurani, punyai rasa rindu. -_-”

Kadang-kadang kan, cukup tak faham kenapa kena ada diskriminasi antara kaum sehingga mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei, eh silap, dah terbiasa sangat dengan template karangan, kalau ada perkataan diskriminasi, mesti disusuli antara kaum pastu nak markah konon-konon gramatis, mesti letak peristiwa berdarah. Ceh tak boleh blah semua orang kalau buat ayat macam tu mesti nak yakin dapat cemerlang punya. Pulak tu mesti nak dendam ngan orang sebelah sebab tiru, padahal semua pun tahu ayat tu. Eh dah, dah, actually diskriminasi antara medical student dengan student-student yang ambik course lain.

Kadang-kadang cukup rasa berdesing tau bila almost all mesti nak bersangka bahawasanya kami ni sungguh Albert Einstein sehingga mesti nak tanya, “ada life ke jadi medical student?” or “best tak akak ambik medic?” or “payah ke belajar medic ni?”. Kalau payah hingga ke tulang hitam *eh penjodoh bilangan payah bukan ke tulang hitam*, takde la aku nak berkorban jiwa raga nak tempuhi onak dan duri amek medic ni. Payah tu memang payah, tapi payah macam course lain la jugak, sehingga menggigit jari la kiranya, takde la ke tulang hitam bagai. Tapi to me, course lain yang memerlukan kira-kira dan formula yang kadang-kadang tak nampak rasionalnya di mana, tu yang laaaggggi payah. Tu yang albert Einstein. Kenapa nak pulaukan kami yang amek course perubatan ni pulak. Wuwuwuw. Betul kan, kalau fikir-fikirkan, kita belajar function in mathematics, kita nak guna time bila pun tak tahu. Takkan time nak beli buah ciku di pasar. Payah la tu kan? Cuba tengok medic pulak, “Salam sejahtera. Wabak E.Coli yang melanda telah mengakibatkan seluruh Eropah diserang cirit-birit”. Dia memang akan jadi cirit birit je, takde pulak pernah E.Coli tu kena kita olah-olah untuk fikir dia ni boleh jadi kencing manis ke, macam fizik, kan kena olah-olah macam tu. Maybe akan ada research for new diagnosis, tapi semua dah ditetapkan, kita tak payah nak fikir-fikir. Kalau orang tanya saya soalan macam tu, saya mesti jawab “medic tak susah, cuma dia banyak nak kena hafal. Tu je”. Pastu jawab, “dah kau tengok aku ni takde life ke?” Bukan nak berlagak ke apa, tapi nak bersihkan nama medic dari di isolated.

Pastu mesti nak diskriminasi budak medic ni mesti die hard nerd, pastu pandai. Salah tu puan-puan, saya tak pandai pun. bukan lah stok dapat nombor 1 dalam kelas ke buat trip roller coaster ngan cikgu ke, yela, kalau cikgu pergi mana-mana pun kita ikut nak tanya soalan, bukan macam roller coaster ke? ;p Tapi sebab saya jenis perfectionist tak kena tempat. Kalau dah guna idea tu, or tengok orang buat, saya rasa looser gila kalau tiru sikit-sikit or cilok then innovate kan. Dah camne nak jadi arkitek camtu, yang menuntut creativity. Mesti kena tengok orang buat and belajar. Kang sakit jantung kang. Bukan sebab apa, sebab stress takde idea baru. Tak berbaloi, tak berbaloi.

Paling tak boleh terima, budak medic tak boleh pakai cantik-cantik. Mengapa mesti kejam begini! Hukuman dunia apakah ini! Ada kawan pernah cakap yang me sepatutnya jadi cikgu sebab suka melaram. Ada jugak yang tanya “belajar kat USM tu, amek nursing ke?” Cikgu dan nurse itu terlalu hebat in grooming nya nak dibandingkan dengan saya. Oh ya, melaram saya, tak secantik diorang. Melaram comot-comot je. Jalan pun kengkang. Tapiiiii T_T kenapa tak tanya awak ni medical student ke. Kami juga punya hak untuk cantik. Tsk. Sedehnya di double standard begini. Kenapa tak boleh ber shawl ke kelas, kenapa tak boleh ber make up ke kelas. Kenapa nak pandang serong bila ke kelas pakai baju sedondon dengan tudung ke beg ke kasut ke? Bukan normal ke? Tsk. Asal menutup aurat takpe lah. Pakai shawl pun bukan tak tutup dada jugak. Asal bercakap pakai intro line kat atas tu, tak boleh cantik ye? Tapi sebenarnya even diberi peluang pun, tak sempat jugak kot nak bershawl-shawl bagai ni. Tapi satu je saya teringin, make up ke kelas. Bukanlah siap ber lashes palsu macam RCW, cukuplah nampak fresh and sweet. Takpe, satu hari nanti, saya nak cuba jugak! Haha. Mana tau makcik boleh sembuh tengok. Kut ke lagi heart attack je makcik tu tengok kau dah macam mak lampir -_-”

Pastu kan, ini saya pantang, rasa nak dibalas dengan tuba pun ada. Pernah tak korang encounter kerenah birokrasi atau warga dewasa yang macam best je, tengok kita mentang-mentang kecik siap jeling ngan ekor mata je. Bagi benda pun main nak hempas-hempas je. Wuwuwuw hina sangat ke jadi orang tak dewasa? Pastu bila tau kita medical student, time-time tu jugak baik, siap tanya how’s study, macam, macam, macam nak interview calon menantu yang disenangi. Boleh pulak “kalau nampak makcik kat hospital, tegur laaa ye nak?” Ha kau, panggil pun anak tuu. Ooooooo kalau orang tak medic, kau memang nak layan buruk jela ye? So aku pun boleh ke layan kau buruk kalau kau sakit nanti? Nak tegur macam mana kalau kau tengok orang pun nak jeling jee. Tapi takpelah, nasib baik awak ni dewasa, pastu memang kerja doctor ni resmi nya makin berkhidmat makin dicaci. Asal niat kita betol, lantak kau lah nak kata apa pun. tapi pleeaaase la people, jangan diskriminasi, mentang-mentang doctor, nak kipas je. Kalau orang susah pakai seluar pun lusuh macam saya ni, jangan la nak dihina je. Kang saya kasi keluar beetle saya kang, baru terlopong kau nyah. Saya ada beetle, yang gambar dekat front cover novel tu. Haha. Bukan saya jela, sape-sape pun la. Lebih-lebih lagi orang yang kekurangan dan memerlukan pertolongan. Sedeh tau mak.

Sebenarnya mak tengah main make up-make up sementara nak tunggu amek wudhu’ for asar. Dah hobi, nyah. Nak buat camne. Pastu terfikir boleh tak pakai camni ke kelas? Pastu belek-belek macam pondan lak nampak. Haha. Tu berinspirasi nak tulis ni.

Mak undur diri dulu nyah. Mak belum Asar. Salam ;)